Isteri langgar suami sampai mati ditahan pihak berkuasa

Isteri langgar suami sampai mati ditahan pihak berkuasa

Seorang wanita Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan membunuh suaminya dengan melanggar lelaki itu menggunakan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) selepas mangsa meminta cerai, lapor akhbar New York Post semalam.

Konfrontasi antara Chanelle Lewis, 35 dan mendiang suaminya, Christopher Lewis berlaku di sebuah tapak kem di Wanette dan bermula selepas satu pertengkaran kecil tentang makanan.

Syerif Daerah Pottawatomie, J.T Palmer memaklumkan kepada stesen televisyen KFOR-TV, Christopher kemudian berkata, dia mahu bercerai dan dibalas Chanelle yang berkata dia akan melanggar serta membunuh lelaki itu.

“Ini merupakan pertama kali kami mendengar seseorang melanggar individu lain dengan niat,” kata Palmer yang menambah alkohol juga menjadi punca kepada kejadian itu.

Anak lelaki mangsa, Christian Cornett dan adik perempuannya menyaksikan kejadian mengerikan itu dan Chanelle turut mengugut untuk melanggar mereka selepas membunuh suaminya.

Cornett kemudian menumbuk muka Chanelle selepas wanita itu mendekati mereka.

“Mendiang merupakan bapa yang baik dan sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Saya mempunyai 1,000 adik beradik lain kerana bapa merupakan contoh bapa yang baik kepada semua,” kata Cornett.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/24/isteri-didakwa-langgar-mati-suami-minta-cerai/

COMMENTS