Isteri muda halau isteri tua keluar rumah yang dibelinya sendiri, suami hanya mampu tengok saja

Isteri muda halau isteri tua keluar rumah yang dibelinya sendiri, suami hanya mampu tengok saja

Gara-gara kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga, seorang wanita mendakwa dihalau keluar dari rumahnya sendiri yang dibeli hasil daripada jualan makanan selama tiga tahun, lapor portal berita Dream.co hari ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan seorang pengguna Instagram, wanita dari Indonesia yang tidak mendedahkan identitinya itu meluahkan rasa sedih kerana terpaksa keluar dari rumah hasil kerja kerasnya selama tiga tahun.

“Ini rumah saya, rumah yang dibeli hasil daripada wang simpanan menjual ‘seblak’ selama tiga tahun,” kata wanita itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

BACA JUGA : Macam ‘prison break’, ini lubang yang rakyat Palestin bolos dari penjara Israel

Dia kemudiannya memberitahu bahawa suaminya telah berkahwin lain, lantas merebut rumah itu daripadanya.

“Ini isterinya, perampas suami saya. Dia mengusir saya dari rumah ini,” ujar wanita berkenaan.

Tambahnya, selain rumah, barang-barang miliknya di dalam rumah itu turut digunakan wanita tersebut yang menambahkan lagi rasa sedihnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

BACA JUGA : Syarikat penerbangan Air India ‘delay’ 3 jam kerana semut

Pada penghujung video, wanita itu mengakui dia ingin mempertahankan rumah tersebut dan akan memastikan ia tetap menjadi miliknya.

“Doakan saya, semoga saya kuat menghadapi semua ini. Semoga saya dapat mengambil semula hak saya,” katanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci mengapa dan bagaimana dia dihalau keluar dari rumah itu.

Video yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata meluahkan rasa marah mereka terhadap wanita perampas yang mengusirnya.

“Tiada rasa bersalah langsung wanita perampas mengambil rumah orang lain.

“Buat si suami, sila beringat bahawa rezeki kamu akan menjadi sempit kerana telah mensia-siakan isteri kamu demi seorang wanita perampas,” kata seorang netizen.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/07/wanita-dihalau-dari-rumah-sendiri-oleh-isteri-baharu-suami/

COMMENTS