Isu hidung : “Mohon maaf atau merangkak cari saya di akhirat kelak”

Isu hidung : “Mohon maaf atau merangkak cari saya di akhirat kelak” Pelakon Zarina Zainuddin, 52, berang dengan tuduhan netizen yang mendakwanya membuat pembedahan hidung, baru-baru ini.

Perubahan hidung pelakon drama Teduhan Kasih itu mula menjadi perhatian ketika Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, beberapa hari lalu.

Ekoran bentuk hidungnya kelihatan berbeza, pengikut dalam laman Instagram tertanya-tanya, seterusnya meninggalkan pelbagai komen ‘menuduh’ ibu kepada empat cahaya mata itu membuat pembedahan hidung.

Tidak tahan spekulasi dilemparkan, Zarina akhirnya bersuara menerusi video pendek dimuat naik dalam IG menjelaskan keadaan sebenar. Zarina berang dengan netizen yang suka menuduhnya tanpa usul periksa.

“Saya baca macam-macam komen. Bagi yang tak mengenali, saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain.

“Sampai satu tahap rasa hendak buka tudung sebab terlalu sakit kepala. Ada masanya sampai rasa hendak menghantuk kepala ke dinding.

“Saya jumpa doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawa mata. Anda boleh nampak kesannya, ingat saya sengaja nak hidung macam ni?,” katanya.

Isu hidung : "Mohon maaf atau merangkak cari saya di akhirat kelak"

Zarina mengakui, hidungnya dulu sudah cantik, tetapi masalah ini juga membuatkannya selalu sakit kepala dan jadi hendak marah sehingga mengganggu kerja.

“Saya buat pembedahan kerana masalah kesihatan. Bagi yang tak tahu menahu, jangan sesuka hati komen.

“Saya minta netizen buat fitnah ini jumpa saya untuk mohon maaf sebelum meninggal dunia atau terpaksa merangkak mencari saya di akhirat kelak. Ingat saya hendak hidung seperti ‘b**i?’ tempelak Zarina.

Tambah Zarina, dia tersinggung dengan komen tanpa usul periksa sehingga membuatkannya asyik menangis dan sakit kepala.

Katanya, anaknya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau Azal juga menghadapi masalah sama.

“Azal pun alami masalah sama, tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan disebabkan keadaannya begitu. Jadi, Azal hanya makan ubat.

“Saya terima keadaan saya. Jika anda sayangkan saya, tolong doakan.. Jangan hanya sedap cakap, hati orang terluka ‘korang’ masih boleh ketawa,” tulisnya.

BACA:

Penternak dedah harga kos terkini seekor ayam dan sebiji telur

Bawa kereta mewah tapi asyik mengelat bayar tol RM2.50

+ posts