Isu rumahtangga Syamsul Yusof, ini ‘warning’ Sajat

Isu rumahtangga Syamsul Yusof, ini 'warning' Sajat

Isu rumahtangga Syamsul Yusof, ini ‘warning’ Sajat. Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menasihatkan orang ramai untuk tidak masuk campur dengan kehidupan rumah tangga orang lain.

“Kamu tidak perlu masuk campur kerana yang berkahwin adalah mereka, bukannya kalian. Berkahwin dua atau tiga ini bukanlah sesuata perkara yang baru di negara kita.

“Ini keluarga mereka dan biarkan mereka selesaikan dengan cara yang elok. Tidak perlu mengkritik dan biarkan mereka melaluinya dengan tenang,” katanya menerusi satu hantaran video.

Muhammad Sajjad atau Nur Sajat mengulas isu panas membabitkan hal rumah tangga selebriti terkenal yang juga penerbit, Syamsul Yusof yang mengundang pelbagai kecaman berikutan tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

Nur Sajat berkata, semua pihak perlu mendoakan yang baik-baik kerana itu lebih afdal daripada memberikan komen dan pendapat negatif.

“Sebab, kita tidak berada dalam industri mereka. Doakan yang baik-baik semoga yang bergaduh, dibaik-baikkan, yang baik kita eratkan. Itu sahaja.

Isu rumahtangga Syamsul Yusof, ini 'warning' Sajat

“Tidak perlulah hendak sibuk pasal orang berkahwin atau berkahwin dua, tidak payah. Bersikap positif. Tidak usah memeningkan kepala dengan hal rumah tangga orang dan sebaiknya fokus untuk menaikkan punca pendapatan anda dan jangan mencari punca dosa,” katanya.

@ainee_86 #sajat #nursajat #syamsulyusof #puterisarah #irakazar #tiktokmalaysia #trending #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Tambahnya, mereka adalah selebriti, maka itu kisah rumah tangga mereka diwar-warkan, namun sekiranya mereka orang biasa, maka orang pun tidak akan kisah.

Di ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizan yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Betul juga apa yang dia katakan. Sesetengah netizen melebih-lebih. Tidak pasal-pasal dapat dosa percuma,” tulis seorang pengguna media sosial, @Ashrxxf.

“Betul kata Sajat. Tidak usah sibuk hal orang, cukup sekali mengulas dan tidak payah beria-ia hendak sibuk tepi kain orang,” komen @bryanbe_.

Hantaran video berdurasi 2 minit dan dua saat itu meraih sebanyak 260,000 jumlah tontonan, 1,776 ciap semula dan 2,028 tanda suka setakat ini.

BACA:

Pengambilan besar-besaran TLDM 2023

Rupanya paling eksklusif di dunia, Buggati Chiron TMJ jadi perhatian