Isu sunat anak perempuan, Dr Amalina ambil tindakan undang-undang terhadap netizen

Isu sunat anak perempuan, Dr Amalina ambil tindakan undang-undang terhadap netizen. Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri pernah mendedahkan bahawa servis sunat bayi perempuan adalah dilarang di United Kingdom, namun golongan lelaki dibenarkan dan boleh dilakukan di hospital.

Tak pernah pertikaikan hukum Islam

Meskipun merasa berbelah bahagi untuk menulis kenyataan di Twitter, namun Dr Amalina mengambil keputusan untuk bersuara kerana terdapat sesetengah lelaki mahupun wanita yang membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak perempuannya yang baru berusia sembilan minggu.

Saya banyak membuat Q&A untuk berkongsi ilmu medical kepada followers saya. Kenyataan yang saya buat ketika Q&A di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan diambil oleh penulis artikel tabloid untuk jadi bahan berita.

Soalannya mengenai ‘adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK?’, saya jawab tidak kerana sunat perempuan melanggar undang-undang di negara UK.

Isu sunat anak perempuan, Dr Amalina ambil tindakan undang-undang terhadap netizen

Tegasnya, dia tidak pernah mempertikaikan hukum Islam, malah turut menasihatkan orang ramai jika berada di Malaysia, maka ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia.

Ambil tindakan undang-undang

Setelah beberapa portal mengeluarkan artikel berkaitan dirinya di media sosial, Dr Amalina menyatakan bahawa dia menerima pelbagai komen berbaur hinaan, lucah dan jelik daripada warganet.

Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone.

Difahamkan, Dr Amalina kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang telah meninggalkan komen negatif supaya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua.

Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka buat headline clickbait atau mengambil cerita remeh temeh daripada IG saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu bergaduh, memfitnah sesama sendiri. Di mana etika anda?

Malah, ruang komen pun tidak ada moderasi. Saya harap perkara ini mendapat perhatian dariapda pihak berwajib. Assalamualaikum dan terima kasih.

Sekadar info, Majlis Islam Britain menjelaskan bahawa berkhatan bagi bayi perempuan dikategorikan sebagai Akta Pencacatan Alat Kelamin Perempuan 2003 (FGM) kerana ia bukan tuntutan Islam. Jika anda menjalankan atau membantu dalam menjalankan FGM atau mengatur seseorang untuk menjalani FGM, anda akan menghadapi hukuman penjara sehingga 14 tahun.

BACA:

Penampilan terkini Aizat Amdan buat ramai terkejut, apa sudah jadi?

Siti Nurhaliza lapor ramalan cuaca pula, ramai teruja

Permohonan peguam Ebit Lew ditolak mahkamah

+ posts