Jalan terakhir selamatkan malaysia dengan bentangkan bajet pakatan harapan 2021

Jalan terakhir selamatkan malaysia dengan bentangkan bajet pakatan harapan 2021

Jalan Terakhir Selamatkan Malaysia Dengan Bentangkan Bajet Pakatan Harapan Untuk RAKYAT Di Parlimen

Patik menjunjung nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar pimpinan politik tidak berlebihan berpolitik dan dapat mengutamakan kebajikan rakyat. Syabas kepada pimpinan politik dari seluruh pelosok yang terus berkhidmat untuk rakyat.

Mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi berparlimen, Ahli-Ahli Parlimen harus meneliti pembentangan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November 2020 agar tiada kebobrokan mahupun ketirisan berlaku sebelum mengundi untuk menyokong atau tidak menyokong.

Kerajaan Perikatan Nasional harus membentangkan Belanjawan yang akan mengurangkan bilangan anggota Kabinet yang kini mempunyai 32 Menteri (tidak termasuk Duta bertaraf Menteri) dan 37 Timbalan Menteri serta 32 Setiausaha Politik dimana ini membazirkan duit rakyat.
Boleh dirujuk;

http://www.kabinet.gov.my/…/anggota-pentadbiran/menteri

Sebagai contoh, undian yang dijalankan di Twitter, daripada 10633 pengundi, 88% telah mengundi mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly berbanding Menteri “Air Suam”. Ada yang cadangkan agar gaji Dr. Adham Baba dan dua Timbalan Menterinya yang tidak berfungsi diberikan kepada Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang bekerja keras bagi membendung pandemik Covid-19.
Rujuk disini;https://twitter.com/farhanz…/status/1322140545121017856…

Kesejahteraan rakyat mesti diberikan perhatian serius termasuk manfaat untuk barisan hadapan yang bertungkus lumus, kebajikan golongan yang susah, isu lanjutan moratorium selama 6 bulan lagi, isu pengangguran, peluang pekerjaan dalam kalangan anak muda dan cadangan untuk mengeluarkan simpanan KWSP secara ‘one-off’ . Tidak lupa kepada industri kecil, petani, pekebun kecil dan nelayan yang harus diberikan tumpuan.
https://www.astroawani.com/…/penganggur-cecah-778800…

Umum ketahui, kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti kukuh dan menyakinkan. Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Tuanku Agong dan sehingga kini ini tidak pernah dinafikan oleh pihak Istana Negara berkenaan majoriti DSAI.

Berlandaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”. Apabila Majlis Raja-Raja menolak cadangan darurat maka Muhyiddin mesti letak jawatan kerana secara moral beliau telah ditolak tetapi beliau masih berdegil untuk berbuat demikian.

Jalan terakhir yang dilihat agar keadilan dapat ditegakkan adalah melalui Institusi Parlimen yang mulia. Rakyat tidak perlu risau kerana jika bajet yang akan dibentangkan oleh Perikatan nasional tidak mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen maka dicadangkan agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet dari blok Pakatan Harapan untuk RAKYAT di Parlimen.

Mandat rakyat harus dikembalikan kepada Pakatan Harapan dan janji untuk nobatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia perlu ditunaikan. Peralihan kuasa mesti berlaku secara aman dan buat masa ini tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengalaman dan kebijaksanaan serta pengaruh dalam & luar negara yang dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mampu digunakan untuk selamatkan ekonomi, rakyat dan negara Malaysia ke arah yang lebih baik dan maju.

Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, teruskan berpegang kepada kata-kata, “Kalau Takut Dengan Risiko, Usah Bicara Soal Perjuangan”. Kali ini Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Pengkhianat Tumbang.

PRASANTH KUMAR BRAKASAM
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

Sumber:

COMMENTS