Jangan dok malas mengharap bantuan bendera putih jah – DSV

Jangan dok malas mengharap bantuan bendera putih jah – DSV

Sejak kebelakangan ini, kempen bendera putih rancak dijalankan sebagai usaha membantu golongan yang terjejas teruk ekoran dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Meskipun mendapat sambutan ramai, inisiatif ini bagaimanapun kurang digemari segelintir pihak kerana dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan dengan keikhlasan orang ramai.

Terbaru, usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) tampil menasihati golongan yang terkesan untuk terus berusaha agar kembali bangkit.

Jangan gunakan alasan PKP
Menerusi satu posting di akaun TikToknya, DSV yang menjawab pertanyaan seorang followers-nya yang ingin memohon bantuan makanan, berpendapat orang ramai tidak seharusnya menggunakan alasan PKP untuk tidak mencari rezeki.

Sebaliknya dia menyarankan orang ramai agar cuba berniaga sambil menjadikan seorang pemuda yang sedang berniaga di hadapannya sebagai contoh.

“Janganlah guna alasan PKP hingga pendapatan terjejas (sehingga) nak beli pampers anak tokleh. Usaha! Tengok adik ni usaha.

“Berapa pendapatan adik? Haa 200-250 ko mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih..” katanya menerusi video tersebut

@datoserividaofficialReply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Dia kemudian berpesan kepada pengikutnya agar terus berusaha dan tidak berharap pada ‘bendera putih’ yang dipercayai bermasuk hasil sumbangan orang ramai

Usaha! jangan dok malas mengharap bantuan bendera putih jah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari pengikutnya. Ramai yang dilihat tidak menggemari kata-kata DSV apabila menyifatkan mereka yang terkesan sebagai pemalas dan hanya berharap pada bantuan sahaja.

Jangan sombong sangat dato

Jangan letakkan orang lain malas

Bukan minta duit pun, minta makan susu dan pampers je

Ia hanyalah nasihat membina

Namun ada juga yang dilihat bersetuju dengan kenyataan Vida dan menyifatkan usahawan tersebut hanya mahu orang ramai keluar dari zon selesa dan lebih menggadakan usaha.

Sumber : https://www.buzzkini.com/trending/2021/07/06/jangan-malas-harap-bantuan-bendera-putih-je-dato-seri-vida/

COMMENTS