“Jangan jadi macam saya”, wanita kongsi padah terlalu manjakan anak

“Jangan jadi macam saya”, wanita kongsi padah terlalu manjakan anak

“Jangan jadi macam saya”, wanita kongsi padah terlalu manjakan anak. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja kerja rumah sejak kecil lagi.

Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran. Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional.

Dikurniakan anak anak yang cerdik pandai. Dan berkerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak anak saya yang malas.

Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga memtua. Tapi yang berlaku pada saya, anak anak sendiri yang sangat malas.

"Jangan jadi macam saya", wanita kongsi padah terlalu manjakan anak

Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Apabila anak anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah. Nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi.

Macam saya kata kan tadi, anak anak saya cerdik belajar. Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam.

Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja.

Walaupun saya berkerjaya. Saya pastikan keperluan anak anak terjaga.

Hal ini berlarutan sampai mereka masuk university. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegenaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, dimasukkan ke dalam bakul baju.

Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka. Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa marah sangat tapi ye lah anak dah besar besar. Nanti kalau marah marah, takut anak kecil hati pulak.

Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana merupakan anak kesayangan suami saya. Sejak kecil kalau dimarah suami akan memenangkannya.

Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip. Sayu hati bercampur marah setiap kali berkemas.

Kini, anak anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil.

Bila balik bercuti, masing masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga.

Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah perangai menantu. Dah lah tak menghulur dari segi kewangan. Nak dilayan macam raja.

Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya.

Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya.

Part jaga cucu cucu bila anak anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka. Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu cucu bila anak anak rasa nak keluar berdua.

Saya rasa sedih sangat. Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat buat tak dengar.

Suami memang takkan support emosi saya sejak dulu lagi. Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letak nya saya.

Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi.

Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri. Ada ke yang senasib dengan saya. Lega rasa dapat meluah.

Tolong doakan anak anak saya sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini.

Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan.

Reaksi Warganet

Fatmawati Ahmad –
Mommy.. Tinggalkanlah life ‘pengabdian’ sebegitu.

Dalam usia Mommy, carilah bahagia. Saya sokong Mommy ‘berpindah’ ke pondok.

Usia kita tak lama. Carilah pahala dan hidayah ketika badan masih bertenaga.
Anak anak biarlah mereka survive. Mereka tak akan mti..

Ann Fardan –
Saya spesis emak singa. Dari usia 5 tahun anak saya telah dilatih dengan urusan rumah yang paling ringan sampai Alhamdulillah sekarang usia 14 tahun dia adalah anchor urusan domestik seperti cuci baju, jemur kain, lipat kain, cuci pinggan, bilik air, vacuum rumah terutama bila saya sibuk.

Suami juga main peranan sama sama bantu anak saya. Anak saya semua lelaki tapi takde pilihan tetap kena berdikari dan saya selalu doktrin dia supaya jadi lelaki yang tidak akan menyusahkan saya Dan bakal isterinya kelak.

Niat saya kerana Allah supaya andai saya tiada kelak dia tetap menjadi kesayangan orang kerana ringan tulang dan biasa buat kerja kerja rumah.

Saya selalu cakap soal A berderet dia tu adalah untuk masa depan dia. Tapi soal akhlak dan perangai dia sebagai lelaki yang bertanggungjawab adalah Hak saya Dan orang orang disekelilingnya.

Saya taknak bela biawak akan datang. Dia kena bersedia untuk bela and jaga saya kelak.

Moga Allah makbulkan hajat saya Dan anak anak kita semua jadi lelaki dan wanita yang bertimbangrasa.

Nasihat saya Puan kena belajar sayangi diri. Asal suami redha carilah bahagia Puan walaupun di sekolah pondok sekalipun…

Natasha Hanna –
Tolonglah jangan bagi dah anak anak perempuan puan yang lain kahwin. Atau bagitau upfront siap siap dekat bakal suami tu perangai anak puan macam mana.

Kesian lelaki teraniaya. Nanti dok kata isteri cerminan suami. Pastu berlambak lah luahan keluar kat socmed. Dari perempuan bukan lelaki ye.

Saya pun masih belajar dari pemerhatian orang orang keliling. Saya ada anak remaja 3 orang, saya jaga sendirian yang saya masih rotan untuk tujuan didikan.

Pemerhatian saya dari adik beradik saya yang terlampau memanjakan anak anak sampai mak ayah saya jadi kuli cucu. Anak anak mereka pun kurang adab.

Semua nya hasil didikan mak ayah (adik2 saya) yang konon open minded nak ikut didikan barat. Cara Islam ada. Rotan tu memang penyelesaian dia. Dan ada adab lain kena jaga termasuk adab sebelum rotan.

U have to change the cycle now. Atau semua nya akan terlambat. Better late than never. Jaga mental sendiri.

Semua benda dalam hidup ada limit. Put limit on this mental abvse. Keluar dan yakin diri. Buat apa yang puan rasa betul dan perlu demi redha Allah swt. Usia kita tak lama dah puan. Good luck!

Nurul Neena –
Sedih nya. Puan kena tegas dan perlu bersuara, kalau takut suami dan anak terasa hati bila cakap depan depan hantar lah msg pada mereka tentang keluhan hati puan.

Kalau tidak, sampai bila bila mereka tak akan faham.

Cuba puan pergi bercuti atau pergi masuk mana mana sekolah agama, masa tu lah puan hantar msg pada mereka.

Biar mereka terasa sekejap kehilangan puan dan biar mereka berfikir sejenak tentang perangai mereka.

Siti SharEna Rusli –
Puan dah di usia senja. Sayangnya kalau tak gunakan masa yang berbaki untuk memperbanyak amal ibadah.

Usia seperti Puan sepatutnya sudah tak perlu risau dan sibuk lagi dengan urusan dunia. Letakkan kepentingan diri Puan dahulu. Berpindah alam satu penghijrahan yang tiada U turn lagi. Its a very big thing for us as a human being

Sy sokong Puan ke rumah kebajikan atau belajar agama. Its not too late yet insyaAllah

BACA:

Perjanjian Kerajaan Perpaduan bakal dimeterai esok

Ikon permotoran Haqiem Stopa didakwa simpan video lucah bekas kekasih

”Dah kahwin ke?”, aksi mesra Zarina Anjoulie dipertikai netizen