Jangan percaya penyebaran maklumat tidak sahih

Jangan percaya penyebaran maklumat tidak sahih

Poster yang tular di media sosial pada Khamis mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah adalah palsu.

Poster berkenaan turut memaklumkan PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dilanjutkan dari 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Negeri-negeri yang dinyatakan dalam poster tersebut tidak menjalani PKPD sebaliknya hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 6 Disember nanti.

Namun sebarang pemakluman sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak akan dimaklumkan oleh kerajaan secara rasmi.

Pada Rabu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, tujuh kawasan ditamatkan PKPD bermula Rabu dan Khamis setelah mengambilkira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Manakala PKPD di Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C Ipoh dilanjutkan seminggu selama tujuh hari lagi.

Sumber:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/poster-pkpd-di-lembah-klang-sabah-labuan-perak-terengganu-dan-p-pinang-palsu-271394

COMMENTS