JANGAN BERI MAKAN KELUARGA DENGAN BELANJA BER-AKAD BATHIL
Emak² : “Ayam sekilo berapa Man?”
Penjual : “8 ringgit je makcik..!”
Emak² : “Alaa 7 ringgit dah la ye..!”
Penjual: “Hurmm bolehla makcik”
Emak² : “Hati ayam ni sekilo berapa?”
Penjual: “4 ringgit je..”
Emak² : “Minta 3 kilo ye. Sama kaki ayam setengah kilo ya..”
Penjual : “Kaki ayam setengah kilo 2 ringgit je makcik..”
Emak² : “10 ringgit dah la ye. 3 kilo hati ayam dengan setengah kilo kaki ayam tu..!”
Penjual : “Bolehlah makcik..”
Emak² : “Jadi total berapa bang semua..?”
Penjual : “Ayam sekilo 7 ringgit + hati ayam + kaki ayam 10 ringgit. Jadi semuanya 17 ringgit je makcik”
Emak² : “Alah 15 ringgit dah la ye. Beli untuk anak balik kampung je ni. Nah 20 ringgit. Meh baki dia.!” Sambil hulur tangan.
Penjual : ..
Emak²: Acik ambil pedal ini 2 ketul yaa (sambil masukkan pedal ayam dalam beg plastik)
Penjual: 😭😭😩😩
Wahai emak² yang ku sayangi, dalam jual beli ada 3 rukun yang perlu kita tahu iaitu:
1. Al Aqidan (penjual & pembeli)
2. Al Ma’qud alaih (wang & barang)
3. Shigat beli
▶ Shigat Akad adalah bentuk isyarat dari penjual dan pembeli yang melakukan transaksi tanpa paksaan.
Sudah ikhlaskah penjual tadi melepaskan barang jualannya?
Jangan sampai tidak ikhlas penjual itu melepas barang jualannya menjadikan barang yang kita beli menjadi tidak diredhai kerana dilakukan dengan bathil atau memaksa penjual.
“Hai orang² yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang Bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”
(QS.An-Nisaa:29)
Wang yang kita dapat halal, untuk beli barang yang juga halal jangan sampai rosak kerana transaksinya yang tak diredhai Allah.
Semoga bermanfaat untuk bersama.
BACA :