“Jangan tuduh saya bukan-bukan”

“Jangan tuduh saya bukan-bukan”

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyangkal Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa speaker tidak mengawal gangguan daripada Ahli Parlimen blok kerajaan.

Speaker ketika itu menghentikan celahan Wong Chen (PH-Subang) bagi memberikan laluan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menerus penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat petang tadi.

Nik Nazmi kemudian bangun bagi membantah tindakan Azhar.

“Speaker saya minta, bila orang mencelah, speaker pun kawal sebelah sana (kerajaan), janganlah kita diganggu tanpa speaker kawal belah sana,” katanya.

Azhar berkata, dia mengawal semua pihak dan membenarkan semua pihak mencelah tanpa menghalang sesiapa.

“Tolong jangan tuduh saya yang bukan-bukan. Apabila sesuatu perkara itu salah, saya akan tegur, tak kira siapa,” ujar Azhar sebelum meminta Tengku Zafrul meneruskan penggulungan

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/11/26/jangan-tuduh-saya-bukan-bukan-speaker/

COMMENTS