Jatuh bangun Malaysia terletak di tangan ahli parlimen. BARU masuk hari kedua Parlimen bersidang, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ‘berperang’ antara satu sama lain dengan isu ponteng semasa sesi sidang Dewan Rakyat.
Ia bermula apabila Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) bersama sekeping gambar tempat duduk pembangkang menerusi hantaran di media sosialnya.
Tindakan itu kemudian dibalas oleh PN yang turut menunjukkan gambar kerusi ahli Parlimen kerajaan juga kosong.
Walau apa pun alasan kedua-dua belah pihak, akhbar amat memandang serius mengenai isu ini dan mahu semua ahli Parlimen menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.
Sebagai individu yang telah diberikan mandat oleh rakyat, mereka perlu berada di dalam Parlimen pada setiap masa, kecuali jika ada hal-hal penting yang tidak dapat dielakkan.
Jatuh bangun negara kini terletak dalam tangan ahli-ahli Parlimen dan kegagalan mereka untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tertinggi negara itu adalah sesuatu yang amat malang serta memalukan.
Ingat kembali pada tahun 2009, apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak hampir tewas dalam satu usul di Parlimen apabila ramai Yang Berhormat daripada parti itu tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat. Mujur mereka berjaya mendapat 66 undi menyokong dan 63 lagi menolak usul tersebut.
Pakar-pakar perlembagaan yang membuat ulasan selepas kejadian itu mengatakan kerajaan boleh tumbang kerana ia adalah satu bentuk ketidakpercayaan kepada pentadbiran pada waktu itu.

BACA JUGA:
Manchester City pintas Arsenal di EPL
Kajian saintifik tidak sokong kebanyakkan susu formula bayi yang diiklankan