Jawatan Tetap KKM : 4,914 kekosongan kini dibuka

Jawatan Tetap KKM : 4,914 kekosongan kini dibuka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai Jumaat sehingga 21 Januari.

“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, KKM sedang melaksanakan inisiatif pengukuhan sumber manusia yang dilaksana tahun ini.

Jawatan Tetap KKM : 4,914 kekosongan kini dibuka

“Secara umumnya, pelanggan atau pesakit berharap KKM dapat menyelesaikan isu kesesakan dan tempoh menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan,” katanya.

Ujar Dr Zaliha, isu tersebut berlaku terutamanya di kawasan bandar berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat.

“Kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM termasuklah di jabatan kecemasan (ED) walaupun penyakit yang dihadapi dikategorikan sebagai bukan kritikal turut menyumbang kepada masalah tersebut.

“Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 menjelaskan tempoh menunggu didapati melebihi daripada enam jam dan ia disebabkan 70 peratus kes diterima adalah kes bagi zon hijau,” katanya.

Tambah beliau lagi, Pengarah Kesihatan Negeri dicadangkan meneliti semula keperluan klinik kesihatan untuk memanjangkan tempoh beroperasi.

“Langkah ini boleh mengalihkan pelanggan yang dikategorikan sebagai kes bukan kritikal untuk dirawat di klinik-klinik tersebut dan bukan lagi di ED,” katanya.

BACA:

Netizen teruja Jep buka cerita cara ngorat Sari Yanti dulu

Rupanya paling eksklusif di dunia, Buggati Chiron TMJ jadi perhatian

+ posts