[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]JAWI umum tiada lagi penjarakan sosial di masjid, namun ada syarat pula. umum, tiada, lagi, penjarakan, sosial, di, masjid, namun ada syarat pula, ada, syarat, pula, rumi ke jawi, jawi,
translate malay to jawi, tulisan rumi ke jawi, huruf jawi, translate jawi, malay to jawi, jawi converter, jawi keyboard, assalamualaikum jawi, [/bg_collapse]
Mulai 1 April ini, tiada lagi penjarakan fizikal untuk solat berjemaah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan jemaah boleh merapatkan saf.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.
Selain itu, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada individu yang telah menerima vaksin COVID-19.
Masjid dan surau juga dibenar mengerjakan solat sunat terawih 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan, begitu juga aktiviti qiyamullail selepas tengah malam.
Namun, aktiviti penyediaan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Ajib, mulai tarikh itu juga, JAWI membenarkan aktiviti tadarus Al-Quran di masjid dan surau yang dihadiri kumpulan-kumpulan kecil, pada mana-mana waktu yang bersesuaian.
“Semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan, selaras nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung, serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah,” katanya.
[TERKINI] Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan
Kelonggaran ini diumumkan hampir dua tahun selepas Putrajaya pertama kali mengenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara termasuk melibatkan kegiatan keagamaan.
Penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat pada 18 Mac 2020 itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 15 Mac 2020.
Bagaimanapun, mulai 12 Jun 2020, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuka bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah mengikut garis panduan ditetapkan di bawah PKP Pemulihan.
Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Tonton:
BACA JUGA:
Cara mohon Biasiswa API-MDC 2022 untuk untuk peringkat ijazah
Bentuk ikan pelik macam anak naga gemparkan penduduk
Video tular : Setiausaha Sulit Kanan Menteri antara disiasat polis
[/bg_collapse]