Jep seronok bersuap dengan Erra, balik rumah Sari Yanti suapkan bubur cili

Jep seronok bersuap dengan Erra, balik rumah Sari Yanti suapkan bubur cili. Hanya kerana memberi pickupline ingin menambah isteri serta adegan disuap pelakon Erra Fazira, Jep Sepahtu ‘menangis’ disuap bubur bercili oleh isterinya, Sari Yanti.

Aksi mesra itu dirakam ketika persembahan jelajah, Sepahtu Reunion Live Tour 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Sari Yanti suap bubur

Babak berkenaan viral disebabkan Jep dengan ‘berani mati’ memberi pickupline meskipun pada ketika itu pelawak terbabit seperti tidak senang duduk serta panik kerana bimbang isterinya mengetahui perkara terbabit.

Tidak mendiamkan diri, Sari Yanti kemudiannya memasakkan bubur untuk suaminya. Bukan hanya bubur biasa, namun bubur berkenaan ditaburi dengan cili berwarna merah di atasnya.

Jep seronok bersuap dengan Erra, balik rumah Sari Yanti suapkan bubur cili

Lebih menghiburkan lagi apabila ketika Sari Yanti menyuap suaminya di meja makan, Jep kelihatan sedang menangis menahan kepedasan.

Betul ke memang tengah musim bubur sekarang? Betul lah orang cakap, bubur ni memang senang hadam.

Video penuh

‘Kenapa aku yang rasa puas hati’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat video terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa Jep masih beruntung kerana Sari Yanti masih ingin menyuapkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

BACA:

Ismail Izzani hamilkan anak orang, ini jawapan ibu Ismail

Sayu, bayi 4 bulan naik pentas graduasi wakili arwah ibunya

Caprice kata Cikgu Fadli sombong, Cikgu dedah kisah sebenar..

+ posts