Jepun pernah cadang bina bangunan setinggi 10km, ini yang terjadi

Jepun pernah cadang bina bangunan setinggi 10km, ini yang terjadi.Mungkin ada yang pernah dengar Jepun pernah cetuskan idea untuk bina bangunan setinggi 10,000 meter. Ya, 10km tinggi! 10km ni maksudnya lebih tinggi dari Gunung Everest lah. Dasyat kann.

Dinamakan sebagai “Tokyo Tower of Babel”, idea ni pertama sekali dicetuskan pada tahun 1992, tapi tak pernah dijayakan projek ni. Idea je lah. Kalau bangunan ni betul-betul dibuat, ianya dikatakan mengambil masa 100-150 tahun untuk siap dan boleh dihuni oleh sekurang-kurangnya 30 juta orang yang menelan belanja kira-kira USD22 trillion (RM88 trillion).

Tapi kenapa Tokyo Tower of Babel tak dibuat betul-betul?

Secara asasnya, bangunan ni tak praktikal.

Selain menelan kos yang sangat tinggi, maintenance pun boleh tahan. Tapak bangunan ni je memerlukan keluasan 110km persegi atau lebih kurang separuh saiz Kuala Lumpur!

Jepun pernah cadang bina bangunan setinggi 10km, ini yang terjadi

Dari ketinggian 1000 meter ke agas, risiko tinggi untuk berlaku perlanggaran dengan aircraft. Lagi pula geografi Jepun yang kerap dilanda bencana alam, kalau bangunan ni runtuh, angka kematian memang cecah juta-juta je ni. Banyak lagi faktor lain tapi ni antara faktor lah yang menjadikan bangunan ni tak dibina.

Adakah Tokyo Tower of Babel dah cukup tinggi?
Sebenarnya ada lagi struktur yang lebih tinggi yang pernah dicetuskan oleh manusia.

The Space Elevator atau lif untuk ke angkasa adalah struktur paling tinggi yang pernah diilhamkan oleh manusia. Pertama kali diilhamkan pada tahun 1895, Space Elevator dianggarkan mempunyai ketinggian sekitar 100,000km, di mana projek ini adalah gabungan tiga buah negara – Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Space Elevator bertujuan untuk aktiviti pelancongan angkasa lepas, penerokaan angkasa dan senang la kalau nak pindah kat angkasa nanti. Naik lif je. Nampak macam kelakar, tapi sungguh ini adalah antara motifnya. Haha. Untuk membina Space Elevator, kabel yang amat panjang “diletakkan” berhampiran garisan khatulistiwa dan “dipegang” oleh putaran Bumi.

Tapi kenapa Space Elevator ni masih belum dibina?

Ada banyak cabaran tapi antaranya tak ada material yang benar-benar sesuai untuk jadikan kabel tu. Material tu mesti ultra kuat, dan pada masa yang sama, kena ringan. Nanti karang kalau putus, terbelit pulak lah bumi nanti.

Saintis masih lagi mengkaji pasal praktikaliti dan segalanya lah pasal benda ni, cuma saya terfikir, kalaupun nanti dah jumpa material yang sesuai, macam mana lahhh kalau lif tu tergendala masa nak naik ke angkasa? Nayaaa Pak Karim.
*overthink*

Jadi saya tinggal dekat Bumi je lah.

BACA:

Keluarga dengan pendapatan bawah RM4,210 layak mohon BSH ini

Syarikat balak saman Husam kerana pendedahan dibuat

Awie dapat ‘greenlight’ jika kahwini Erra Fazira

+ posts