Jet peribadi Kim Kardashian tak boleh mendarat, sambutan hari jadi musnah. SELEBRITI terkenal Kim Kardashian meluahkan rasa kecewa apabila majlis ulang tahunnya yang ke-42 tidak berjalan seperti dirancang.
Memetik laporan Mirror, Kim dikatakan merancang menyambut ulang tahunnya di atas jet peribadi milik kakaknya yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.
Bukan itu sahaja, Kim juga dijangka bakal menyambut ulang tahunnya di dua negeri berbeza iaitu Los Angeles dan Vegas.
Mengikut perancangan, Kim bersama rakan-rakannya dikatakan akan pergi ke Las Vegas untuk menonton persembahan Usher selepas menikmati makan malam.
Bagaimanapun, malang nasib bintang Keeping Up With The Kardashians itu apabila cuaca buruk melanda sehingga menyebabkan jet tersebut tidak dapat mendarat di Vegas seperti dirancang.
BACA JUGA:
Awek cun ini Ketua Kampung termuda curi perhatian warganet
Tahun 2023, penyakit ‘X’ kalis antibiotik bakal melanda