Jika anda mampu buatlah Haji guna visa furada, ini sebabnya

Jika anda mampu buatlah Haji guna visa furada, ini sebabnya. Visa Furada

Bila berlaku kes terkandas jemaah yg ingin menunaikan haji ekoran ‘visa furada’… maka mereka yg tidak mengetahui keadaan sebenar terus menganggap ianya satu penipuan.

Sebenarnya ramai pihak yg telah dapat menunaikan ibadah haji melalui sistem visa furada…. mungkin lebih ramai daripada yg terkandas.

Hanya cerita yg terkandas lebih sensasi dari cerita yg telah berjaya. Tertarik dengan kenyataan Ustaz Zamri Zainal Abidin II

‘Visa Haji Furada – Di antara keberanian syarikat pengendali dan dorongan kuat untuk menunaikan Haji seorang jemaah. Berhati-hatilah kedua-dua pihak.’

Jika anda mampu buatlah Haji guna visa furada, ini sebabnya

Saya sendiri berada di KLIA petang semalam dan melihat para jemaah yg sedang menunggu… sebahagiannya siap dgn pakaian ihram sedang mundar mandir. Ya… saya amat memahami perasaan mereka kerana saya juga pernah mengalaminya.

Sekadar pengalaman selaku yg telah berjaya mengerjakan ibadah haji melalui ‘visa furada’, saya menasihatkan

1- Jemaah haji yg ingin menggunakan visa furada… pastikan anda memang mempunyai kelebihan duit yg besar. Kalau setakat cukup cukup… bawalah bersabar.

2- Pastikan travel agency yg anda menggunakan khidmat tersebut… travel agency yg berkemampuan. Andai terkandas, mereka mampu memulangkan duit anda.. kalaupun tak keseluruhan… sekurang-kurangnya 70% dari jumlah keseluruhan.

Pengalaman pertama saya yg gagal pergi kali pertama… alhamdu lillah, pihak travel agency memulangkan sebahagian duitnya dan saya tidak menetapkan tempoh kerana memahami masalah mereka yg telah mengeluarkan modal utk booking hotel dsbnya.

3- Jangan sebarkan cubaan usaha anda kepada saudara mara untuk mengerjakan haji melainkan memang anda telah ‘boarding’. Buatlah khenduri setelah pulang ke tanah air.

Akhirnya saya tetap menggalakkan kepada mereka yg benar-benar berkemampuan dan belum lagi mengerjakan ibadah haji untuk mengambil perkhidmatan visa furada.

Dengan cara itu… anda memberi peluang orang lain untuk mengerjakan haji melalui kuota tabung haji.

BACA:

Goreng ayam guna air fryer sampai garing, ini tekniknya

Beli durian RM117, tapi dapat kulit sahaja tak ada isi

Didakwa tuntut jawatan sebagai TPM, Faizal Azumu akhirnya bersuara

+ posts