Joe Biden tegaskan beliau Presiden Amerika Syarikat yang sah

Joe Biden tegaskan beliau Presiden Amerika Syarikat yang sah

Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tegaskan tiada lagi yang boleh menghalangnya daripada menduduki White House.
Beliau kini meneliti calon berpotensi untuk dinamakan sebagai anggota Kabinet beliau.

Kenyataan ini menyusul keengganan Donald Trump mengaku kalah.

“Kami sudah memulakan proses peralihan. Kegagalan pentadbiran mengiktiraf ini, kemenangan kami tidak akan mengubah apa-apa.

“Kami mengumumkan sebelum ini kami akan meneruskan secara konsisten membina pasukan, untuk White House dan meneliti siapa yang akan dipilih bagi jawatan kabinet. Tiada yang akan menghentikan kami.

“Saya yakin, biarpun mereka enggan mengakui kemenangan kami ketika ini, ia bukan penyebab kepada gangguan rancangan kami dari sekarang sehingga 20 Januari depan,” kata Biden.

Proses peralihan secara rasmi hanya akan bermula selepas Perkhidmatan Pentadbiran Umum (GSP) mengesahkan pemenang mutlak Pilihan Raya Presiden.
Pengesahan itu tertunda kerana proses perundangan yang dilancarkan Trump.

Kegagalan pengesahan ini juga menyebabkan Demokrat tidak menerima dana persekutuan bagi proses peralihan, dan akses kepada agensi yang terlibat.

Sumber:https://www.astroawani.com/berita-dunia/proses-peralihan-sudah-bermula-joe-biden-267841

COMMENTS