Joo Eun ditemui tak bernyawa, tinggal nota untuk peminat

Joo Eun ditemui tak bernyawa, tinggal nota untuk peminat. drama popular Joseon Survival Period iaitu Yoo Joo Eun meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas dilaporkan membunuh diri.

Berita sedih kematian aktres itu dikongsi oleh abang Joo Eun yang memaklumkan adiknya ditemui sudah tidak bernyawa pada Isnin.

Joo Eun turut meninggalkan nota sebelum membunuh diri dan atas permintaannya ia dikongsikan ke laman Instagram sebelum akaun itu dinyahaktifkan.

Dalam nota tersebut, Joo Eun meluahkan rasa cinta terhadap bidang lakonan namun tidak lagi berupaya melakukannya apabila terpaksa fokus kepada karier.

Joo Eun ditemui tak bernyawa, tinggal nota untuk peminat

“Saya mohon maaf kerana terpaksa pergi meninggalkan semua terutamanya ibu, bapa, nenek dan abang.

“Saya sangat sayangkan karier lakonan dan ia sudah menjadi sebahagian hidup saya namun ia bukan kehidupan yang mudah kerana ia bagaikan satu sumpahan,” tulisnya.

Joo Eun memulakan karier pada 2018 menerusi drama Big Forest sebelum namanya mula menjadi sebutan selepas muncul dalam drama Joseon Survival Period.

BACA:

Letak Singapura dalam Malaysia, FB National Geographic UK jadi lauk ‘kenduri’

Dipanggil “H*nat” oleh netizen, ini jawapan Fiza Halim.. Semua terkejut

+ posts