Jumpa Breakfast Sama-Sama, Mizz Nina Titip Doa Buat Neelofa, Ini Reaksi Ribuan Netizen

Jumpa Breakfast Sama-Sama, Mizz Nina Titip Doa Buat Neelofa, Ini Reaksi Ribuan Netizen

Menerusi akaun Instagram, selebriti terkenal, Mizz Nina ada memuat naik sekeping foto bersama usahawan dan hos terkenal, Neelofa ketika sedang menikmati sarapan pagi.

Masing-masing mengenakan persalinan serba hitam, isteri kepada penyanyi, Noh Hujan itu menerusi ruangan kapsyen ada menyatakan doa serta harapan moga mereka terus istiqamah serta memperoleh kejayaan di dunia serta akhirat.

Pada masa sama, Mizz Nina turut berharap hubungan baik bersama Neelofa berterusan selamanya.

“Breakfast date with ukhti Neelofa. Alhamdulillah, its all about sisterhood & supporting each other lilaahitaala,

“in shaa Allah, 2021 is going to be an amazing year, Ameen!

“May Allah SW.T keep us istiqamah on the straight path, to be sincere, grant us success in dunya & Akhirah & closeness to Him always Ameen,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat menyambut baik pertemuan mereka dan mendoakan yang terbaik buat figura ini.

COMMENTS