Jururawat rugi hampir RM200 ribu gara-gara scam

Jururawat rugi hampir RM200 ribu gara-gara scam. Seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di daerah ini kerugian RM198,000 selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,pada mulanya wanita berusia berusia 36 tahun dihubungi individu yang menyamar dari syarikat penghantaran barang.

Menurutnya, panggilan itu kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan kononnya mangsa terlibat dalam sindiket senjata api dan pengedaran dadah.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa membuat pinjaman peribadi dan diberikan satu link untuk isi maklumat mangsa.

Jururawat rugi hampir RM200 ribu gara-gara scam

“Setelah pinjaman peribadi diluluskan oleh pihak bank dari tempoh permohonan lebih kurang dua minggu, wang tersebut telah dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan polis pada Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga.

Ramli juga meminta orang ramai supaya tidak melayari sebarang aplikasi daripada link yang mencurigakan.

BACA:

Undian PBB memihak Palestin, Israel bengang

Isteri terkejut nama suami ada dalam aplikasi cari jodoh, dah 3 tahun tak bagi nafkah

+ posts