Kak Wan menangis dalam ucapan kenangkan ‘musuh dalam selimut’

Kak Wan menangis dalam ucapan kenangkan ‘musuh dalam selimut’. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini sebak ketika mengingatkan semua ahli PKR mengenai sikap ‘musuh dalam selimut’ serta ‘api dalam sekam’ yang menghancurkan parti yang selama ini dibina bersama.

Sambil mengelap air mata pada pipinya, Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu mengakui lebih rela melihat kelompok sebegini meninggalkan parti yang dibina lebih dua dekad itu, berbanding kekal terus merosakkan parti dari dalam.

“Ini parti kita (dan) kalau nak pergi, pergilah ….jangan jadi ‘musuh dalam selimut’ dan jangan jadi ‘api dalam sekam’. Jadi, jangan hancurkan apa yang kita sama-sama bina.

“Saya menganggap saudara dan saudari yang masih kekal dan setia dengan prinsip serta asas parti ini adalah orang yang memiliki kebesaran jiwa yang luar biasa serta golongan terpilih yang masih istiqamah menjunjung ruh reformasi dan karamah insaniah,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR Ke-16 di Dewan IDCC, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Wan Azizah mengakui sepanjang tempoh 23 tahun ini, tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kepada parti digugat dengan pelbagai mehnah, tohmah dan kemelut perpecahan, malah tiada disiplin kepada keputusan, cukup rencam serta memberikan kesan kepada kestabilan organisasi.

Kak Wan menangis dalam ucapan kenangkan 'musuh dalam selimut'

Kak Wan menangis dalam ucapan kenangkan ‘musuh dalam selimut’

Lantas, katanya semua senario itu menjadikan kongres kali ini cukup penting dalam jejak perjalanan perwakilan sebagai pendukung parti.

“Kita telah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen dan membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.

“Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa, tetapi kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan, nilai integriti dan maruah,” katanya.

Wan Azizah yang juga Penasihat PKR berkata, selepas berakhirnya pemilihan, masa kini tiba untuk kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal.

“Saya mengharapkan sikap istiqamah dan konsisten berpanjangan dalam perjuangan ini digandingkan dengan niat mencari titik persefahaman, tidak bersikap eksklusif atau mengamalkan budaya berpuak mengumpul pengikut, tidak bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar kelompok sendiri.

“Dengan semangat inilah kita mahu seluruh ahli parti sentiasa bersikap terbuka, memiliki kebesaran jiwa dan menguasai adab berkhilaf pandangan yang menjadi teras dalam budaya dialog dan rundingan serta konsep syura,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, dalam keadaan semua khususnya rakyat berhadapan kelesuan dan kelelahan politik, PKR perlu mengisi ruang ini segera sebagai sebuah parti yang sentiasa memiliki daya tahan, daya juang serta daya inovasi yang tinggi dalam memperjuangkan isu rakyat.

“Dalam memastikan peranan dan menyingkap isu semasa ini dengan lebih efektif, saya menyeru wanita PKR sentiasa mengambil sikap proaktif dalam menyelesaikan isu rakyat dengan terus menjadi ‘problem solver’ (penyelesai masalah) dalam masyarakat serta terus dilihat signifikan dalam melaksanakan program khidmat kebaktian kepada masyarakat.

“Kehadiran wanita PKR harus sentiasa dilihat sebagai ‘visible’ (terlihat) dan dampaknya dirasai dalam setiap sanubari rakyat,” katanya.

BACA:

Rozita Che Wan sekolahkan netizen kerana kritik anaknya

Syamsul Yusof luah rasa kecewa terhadap Finas

Khaby Lame dedah beragama Islam, Hafaz Al Quran

+ posts