Kanak-kanak 6 tahun buka seluar, suruh rakan tiru aksi lucah di sekolah gara-gara selalu tengok mak ayah ‘bersama’

Terdapat satu kisah tular di TikTok diceritakan oleh Puan Puteri Kasim, dimana ia merupakan pengalaman kenalannya sendiri.

Melalui perkongsiaan cerita itu, kenalannya itu mempunyai 2 orang anak lelaki, seorang 3 tahun dan seorang lagi berusia 6 tahun.

Kanak-kanak 6 tahun buka seluar, suruh rakan tiru aksi lucah di sekolah gara-gara selalu tengok mak ayah ‘bersama’

Satu hari, guru meminta si ibu datang ke sekolah kerana didapati anak berusia 6 tahun itu melakukan hal yang tidak sepatutnya budak bawah umur lakukan.

@puterikasim Replying to @Fatin Pauzi share kisah ni, supaya mak bapak ada awareness kenapa kena asing tempat tidur. #pendidikanwanitacantiksihat ♬ original sound | Tips wanita cantik – Mommy PK

Melalui aduan yang dibuat guru, anak lelakinya itu telah membuka seluar dan bertindak mengeluarkan anggota bawahnya, lalu menyuruh rakan sekelasnya yang lain membuat sesuatu terhadap ‘alatnya’ itu.

Kalau nak bersama, tolong jangan buat suara-suara anak boleh dengar.

Sewaktu ditanya mengapa boleh terfikir untuk melakukan aksi tersebut, budak itu berkata sering melihat ibu dan ayah lakukan hal seperti itu di rumah.

Kisah ini sememangnya membuka mata ramai bertapa pentingnya untuk mengasingkan tempat tidur anak seawal usia 3 tahun agar mereka tidak terikut-ikut melakukan aksi yang dilakukan oleh ibu bapa malam hari.

BACA :

[VIDEO] Lelaki terpaksa tahan sakit mentol tersangkut dalam mulut selama 2 jam, ikut ‘challenge’ di internet
Resepi turun temurun sambal nasi lemak, berhari-hari pun tak basi
Cara hilangkan kerak hitam pada kuali, 30 minit dah bersih dan berkilat!