Kanser ginjal: kanak-kanak derita hadapi penyakit ini

Kansel ginjal: kanak-kanak derita hadapi penyakit ini. KANSER buah pinggang menyumbang kepada tujuh peratus daripada semua kanser kanak-kanak, menjadikannya salah satu penyakit yang jarang berlaku.

Kanser buah pinggang atau ginjal terjadi apabila sel-sel buah pinggang mula membesar dan merebak secara tidak terkawal dan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang serta menyebabkan pembentukan tumor.

Penyakit ini boleh diurus dengan berkesan sekiranya menggunakan pendekatan betul dan mereka boleh kembali sihat.

Tumor Wilms adalah jenis kanser buah pinggang kanak-kanak yang paling lazim berlaku. Ia disebabkan oleh mutasi dalam sel buah pinggang yang kebiasaannya berlaku selepas kelahiran dan biasanya hanya menjejaskan sebelah buah pinggang.

Bagaimanapun, kira-kira lima hingga tujuh peratus kes boleh ditemui dalam kedua-dua belah buah pinggang dan majoritinya adalah sporadik.

Punca kes kanser ini tidak diketahui. Bagaimanapun, ada gangguan genetik tertentu wujud pada kanak-kanak sekali gus meningkatkan

risiko mereka mendapat tumor Wilms.

Ia boleh berlaku sama ada secara berasingan, misalnya aniridia (ketiadaan iris dalam mata), hemihipertrofi atau pertumbuhan berlebihan sebelah badan atau sebagai sebahagian daripada sindrom (petanda dan gejala yang berlaku bersama).

Salah satu sindrom ini ialah WAGR, iaitu akronim untuk tumor Wilms, aniridia, kecacatan genitouriner, dan julat kelewatan perkembangan.

Pesakit dengan sindrom WAGR mempunyai peluang antara 45 hingga 60 peratus untuk mengembangkan tumor Wilms.

Mengulas mengenainya, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Hematologi dan Onkologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Eni Juraida Abdul Rahman, menjelaskan tumor Wilms, sejenis kanser yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

“Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko menghidapinya kurang, dan kami sangat jarang melihat tumor Wilms pada orang dewasa.”

Simptom tumor Wilms

* Bengkak tidak menyakitkan di bahagian abdomen. Biasanya disedari

ibu bapa dan tumor mungkin menyebabkan

abdomen membengkak dan menjadi tidak selesa

* Hematuria – kehadiran darah dalam air kencing

* Hipertensi – Tumor Wilms boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

* Demam

* Hilang selera makan – Kanak-kanak mungkin kehilangan selera makan dan turun berat badan

* Sakit di bahagian abdomen terutama jika pendarahan di sekitar tumor menyebabkan saiz jisim naik mendadak

* Rasa tidak sihat

* Batuk dan sesak nafas jika tumor merebak ke paru-paru

Rawatan tumor Wilms

Dr Eni berkata, dalam kebanyakan kes apabila kanak-kanak datang untuk didiagnosis, tumor

sudah berkembang kepada saiz besar dan buah pinggang sudah tidak berfungsi.

Sekiranya disyaki mempunyai tumor buah pinggang, pesakit perlu menjalani ujian darah

untuk memeriksa kesihatannya, tahap hemoglobin dan fungsi buah pinggang.

Pemeriksaan radiologi juga dilakukan seperti ultrabunyi abdomen atau imbasan CT untuk

menentukan keadaan dan tahap tumor itu.

Tahap tumor

1. Tumor berada di dalam buah pinggang

2. Tumor masih di dalam buah pinggang tetapi babitkan tisu lemak dan saluran darah di sekeliling tetapi masih boleh dikeluarkan sepenuhnya

3. Tumor sangat besar dan melintasi garis tengah badan

4. Tumor merebak ke tempat yang jauh biasanya paru-paru, hati atau tulang

5. Tumor babitkan kedua-dua buah pinggang

Selepas itu, bergantung kepada peringkat tumor, pesakit akan menjalani:

Pembedahan atau nefrektomi untuk membuang buah pinggang yang terjejas. Kaedah ini

biasanya dilakukan lebih awal untuk tumor peringkat 1 atau 2, atau ditangguhkan untuk

penyakit peringkat 3.

Pembedahan adalah kaedah rawatan utama dan semua kanak-kanak yang menjalani pembedahan. Apa yang akan menyembuhkan kanak-kanak itu ialah pembedahan, dan bukannya kemoterapi.

Segala usaha akan menjadi sia-sia

jika tumor tumbuh semula tanpa pembedahan susulan selepas kemoterapi. Pembedahan

nefrektomi separa atau menyelamatkan buah pinggang dikhaskan untuk tumor dua hala.

• Kemoterapi yang mana ubat akan diberikan untuk membunuh sel-sel kanser. Ini boleh

terjadi apabila:

• Adjuvan: Diberi selepas pembedahan untuk membunuh mana-mana sel kanser

yang tertinggal. Untuk tumor peringkat I dan II

• Neoadjuvan. Diberi sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz tumor

dan membunuh sel yang telah merebak ke kawasan lain.

* Kemoterapi diberikan terlebih dahulu untuk tumor peringkat 3 kerana saiz tumor yang sangat besar.

Tujuannya mengecutkan tumor bagi membolehkan pembedahan dijalankan dengan selamat

* Radioterapi pada sesetengah pesakit bergantung kepada rupa tumor secara mikroskopik, sejauh mana merebak di luar buah pinggang atau sudah merebak ke organ yang jauh seperti paru-paru dan belum pulih sepenuhnya dengan kemoterapi.

Pencegahan penyakit

Beliau berkata, bagi tumor Wilms tahap 1, kadar penyembuhannya adalah 95 peratus. Begitu juga untuk tahap 2 hingga 4, jika tiada ciri yang tidak baik dalam histologi, sebanyak 90 peratus kadar kelangsungan hidup untuk empat tahun boleh dijangkakan,” katanya.

Memandangkan tidak tahu puncanya, sukar untuk menyarankan sebarang langkah

pencegahan. Tetapi jika kanak-kanak tertentu menunjukkan kelainan seperti simptom WAGR,

ultra bunyi pengawasan abdomen perlu dijalankan secara berkala enam bulan sekali untuk mengesan keadaan tumor, selainw waspada simtpomnya.

Walaupun tiada sebarang langkah pencegahan khusus, namun antara perkara perlu diberi perhatian:

1. Kebanyakan tumor ditemui secara kebetulan dengan memerhatikan jika ada ketulan pada abdomen. Ia akan menjadi jelas di sebelah perut kelihatan lebih besar berbanding lain.

2. Ada darah dalam air kencing dikenali sebagai hematuria, iaitu menunjukkan pendarahan mungkin berasal dari buah pinggang, prostat atau

pundi kencing.

3. Hilang selera makan dan berat badan. Tumor yang tumbuh dari buah pinggang kiri

akan menekan perut apabila ia semakin membesar sehingga membuatkan kanak-kanak mudah berasa kenyang apabila makan.

4. Lahir dengan berat berlebihan dengan hemihipertrofi (sebelah badan atau sebahagian

daripada sebelah badan, misalnya tangan atau kaki, bersaiz lebih besar berbanding lain disebabkan oleh pengeluaran tulang atau tisu lembut yang berlebihan).

Mereka berisiko lebih tinggi untuk mendapat tumor buah pinggang. Oleh itu, sebaiknya lakukan saringan secara berkala.

5. Makanan tambahan biasanya dimetabolismekan oleh hati dan beberapa bahan ini diketahui mempengaruhi fungsi hati dan buah pinggang.

BACA JUGA:

Mangsa banjir menurun kepada 49,410 orang

Program Town Hall Rakyat edisi pertama dilancarkan hari ini

Dua bekas pekerja Goldman Sachs di sabit kesalahan, perjanjian penyelesaian 1MDB diragui

+ posts