Kantoi..rupanya hanya marketing murahan isu pelajar kena sisih sebab beg ‘smiggle’

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kantoi..rupanya hanya marketing murahan isu pelajar kena sisih sebab beg ‘smiggle’. ‘smiggle’ signature market klse market watch bursa market place bursa malaysia market price the edge market ac market edge market hero market market warframe market smiggle malaysia smiggle bag smiggle pencil case beg sekolah smiggle beg smiggle smiggle lunch box smiggle malaysia online smiggle backpack smiggle headphones[/bg_collapse]

Kantoi..rupanya hanya marketing murahan isu pelajar kena sisih sebab beg ‘smiggle’Semenjak budak-budak kembali ke sekolah, banyak perkongsian yang kita baca mengenai kerenah anak-anak yang menangis apabila ke sekolah, tidak mahu berpisah dengan ibu bapa dan ada pula yang sudah berdikari serta pandai berkawan di kelas.

Namun dalam banyak-banyak kisah itu, tular semalam mengenai kisah seorang murid yang katanya disisihkan rakannya di kelas gara-gara tidak memakai beg sekolah jenama ‘Smiggle’.

Jenama ‘Smiggle’ yang umum diketahui ibu bapa ini telah menjadi kegemaran para anak dan tidak semua dapat memilikinya kerana harganya yang agak ‘kayangan’.

“Marketing je semua ni”

Menerusi perkongsian penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Facebook, kisah yang kini berlegar di media sosial dan mendapat perhatian ramai rupa-rupanya kemungkinan palsu semata-mata.

Fogr6Qcucaavrkh

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan penceramah ini, didapati kisah itu dimuat naik oleh tiga orang yang berbeza menggunakan lenggok bahasa yang serupa.

277249989 5027913660609342 7424795852545079737 N

Lagipun anak-anak yang baru masuk darjah 1 ni jenis tak memilih kawan. Ni pasal beg berbeza terus palau kawan nampak tak logik. Lagipun sekolah baru je bermula 3 hari lepas.

Anak-anak masih lagi dalam fasa homesick, kejap-kejap keluar tandas, nangis nak mak, terkencing dalam seluar dan lain-lain.

Marketing je semua ni,” tulisnya.

Didedahkan juga bukti pemilik gambar yang sebenar mengakui gambar yang diletakkan di dalam posting itu adalah review individu berkenaan di Shopee. Tak ada kena mengena langsung dengan isu ‘Smiggle’. Laa gambar curi rupanya…

“Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg bukan jenama”

Kantoi..rupanya hanya marketing murahan isu pelajar kena sisih sebab beg 'smiggle'

Menurut Akhi lagi, jika isu tersebut merupakan kisah benar, ia sangat malang jika kanak-kanak sekarang mempunyai pemikiran seperti ini yang ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang suka membuat perbandingan.

“Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg, bukan jenama. Anak lelaki suka gambar dinasour, avengers dan lain-lain. Anak perempuan ok je kalau ada gambar Elsa, princess, Little Pony dan lain-lain.

Namun, jika salah 1 dari penulis ni membawa kisah yang benar, malang sekali pemikiran begini ada dalam jiwa anak kecil.

Lebih malang lagi, siap compare jenis kereta parents, rasis dengan warna kulit yang berbeza dan lain-lain. Ketahuilah ini semua acuan orang dewasa yang diikuti oleh anak tanpa sedar,” katanya lagi.

Kalau 1 post, mungkin kisah ini real. Tapi kalau 3 post dari orang yang berbeza dengan lenggok bahasa yang hampir sama,…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Wednesday, March 23, 2022

Apa-apapun diharapkan janganlah ada individu yang buat posting fake macam ini lagi demi melariskan jualan. Tak pasal-pasal ramai yang stress sebab ‘Smiggle’.

BACA:

Pemuda belanjakan lebih RM247,000 di Shopee dalam sehari

Tanpa senaman pun boleh bakar lemak? Ini rahsianya…

Khatijah Tan dedah punca sebenar Pierre Andre hilang dari dunia seni

+ posts