Kantoi rupanya orang melayu jadi agen Mossad Israel

Kantoi rupanya orang melayu jadi agen Mossad Israel

Kantoi rupanya orang melayu jadi agen Mossad Israel. Rupanya Mossad tengah hangat buat kerja kat Malaysia! 28 September lalu, ada dua warga Palestin singgah Avenue K Mall nak makan malam. Selesai jer, mereka jalan balik.

Mereka letak kereta kat Star Residences Two. Kat sini, tiba-tiba empat warga Malaysia datang menyerang. Dah kenapa orang Malaysia nak pergi serang? Bukan rompakan tau. Empat warga Malaysia ni dipercayai aset Mossad.

Sebab Mossad syak dua orang Palestin ni agen al-Qas.sam. Penyerang berjaya culik seorang. Seorang lagi sempat lari minta tolong Ascott Star Hotel.

Kantoi rupanya orang melayu jadi agen Mossad Israel

Sudah. Ni kira dah gagal sebab Mossad punya kerja mesti ‘clean with no foul up’. Terlepas seorang, kantoilah jawabnya. Dan memang terlepas pun, sebab warga Palestin yang selamat tu pergi buat laporan polis kat Stesen Dang Wangi.

Mangsa diculik tu kena angkut pi ke Hulu Langat. Teruk jugalah kena belasah. Empat warga Malaysia buat video call guna secure line terus ke Israel. Macam-macam kena soal. Bila jawapan tak mencapai cita rasa Mossad, apa lagi – kena pukul lagilah.

Ada satu lagi benda mereka foul up. Mereka tak tutup muka. Nombor pendaftaran kereta pun terdedah. Dan polis Malaysia pula bukan cap ayam. Polis berjaya jejaki kereta tu ke sebuah chalet. Mereka serbu dan selamatkan mangsa culik tu.

Ikut siasatan mereka, soalan terakhir ditanya Team Israel adalah, “siapa orang tertinggi Ham-s yang jumpa korang?”

Siasatan mendapati empat warga Malaysia tu buat mess up ketiga. Bukan dua (tak tutup muka dan nombor plat) jer. Tiga. Tau apa yang ketiga tu? Team Israel nak dua-dua warga Palestin bersebab. Bukan setakat nak clean operation. Tapi ada kemungkinan warga yang selamat tu jauh lagi penting (high value) berbanding mangsa culik ni.

Oleh: The Patriots

BACA:

Jep seronok bersuap dengan Erra, balik rumah Sari Yanti suapkan bubur cili

Mungkin botak, rambut rosak atas kecuaian, Siti Jamumall nak saman salun

Tarik stroller dengan berkaki ayam, bapa tunggal ‘struggle’ kerja