“Kata taubat dah pergi tabligh” -Fara Salleh rimas diganggu Shuk?

“Kata taubat dah pergi tabligh” -Fara Salleh rimas diganggu Shuk?

Nampaknya nama Shuk Sahar kembali menjadi sebutan dengan isu bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Fara di Insta Story, difahamkan pelawak tersebut kembali bertemu dengannya.

Siapa yang datang tu?

Menerusi muat naik yang dibuat Fara, wanita itu berasa rimas apabila masih diganggu oleh selebriti itu walaupun sebelum ini tular mengatakan yang Shuk sudah bertaubat dan sedang mengikuti tabligh.

BACA JUGA : Dalang sindiket penipuan projek kerajaan berdepan hukuman penjara 483 tahun

Walau bagaimanapun, gambar tersebut hanya memperlihatkan bahagian belakang badan individu berkenaan sahaja dan tidak dapat dipastikan tujuan lelaki itu datang menemuinya.

Kata dah taubat…

Terdahulu, Shuk Sahar telah memuat naik gambar mengikuti dakwah tabligh dan berharap suatu hari nanti akan dapat keluar lagi bersama-sama jemaah yang lain.

Sumber – OMM

COMMENTS