Ke Mana Hilangnya Menteri Kesihatan? Sejak Isu Air Suam Itu Dia Terus Hilang

Ke Mana Hilangnya Menteri Kesihatan? Sejak Isu Air Suam Itu Dia Terus Hilang

Ke mana hilangnya Menteri Kesihatan? Itu kenyataan sinis Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub bertanyakan apa tindakan Datuk Seri Dr. Adham Baba ekoran peningkatan mendadak isu penularan kes Covid-19 sekarang.

“Ini sudah hampir setahun sejak ambil alih, sejak isu air suam itu dia terus hilang,” ujarnya dalam video pendek di media sosialnya hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berharap Adham tampil segera dengan jalan penyelesaian bagi menangani masalah pandemik di negara ini.

“Ini isu nyawa rakyat, jadi saya harap kalau esok tak appear lagi, kita kena tukarla atau kita tukar kerajaanlah,” katanya.

kredit MalaysiaGazette

COMMENTS