Keadaan terkini Nad Zainal semakin baik

Keadaan terkini Nad Zainal semakin baik

Keadaan terkini Nad Zainal semakin baik. Pelakon Nad Zainal yang dirawat akibat paru-paru berdarah di sebuah pusat perubatan di Ampang, tidak lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), malah, dilaporkan semakin pulih.

Pengarah Shahrulezad Mohameddin memberitahu, Nad tidak lagi ditidurkan, makin stabil, boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidurkan.

“Nanad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan sebab paru-parunya masih belum kuat,” katanya melalui entri Instagram (IG).

Keadaan terkini Nad Zainal semakin baik

Shahrulezad berkata, Nad bagaimanapun masih perlu berehat panjang.

“Nanad masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka ketika pendarahan tempoh hari.

“Alhamdulillah, syukur sangat,” katanya.

Shahrulezad turut menjelaskan punca tidak memuat naik perkhabaran semasa mengenai Nad demi menghormati keluarga pelakon itu.

“Saya lama tidak berkongsi perkembangan Nanad kerana kasihankan keluarganya. Selain Nanad, kesihatan mental keluarga Nanad juga menjadi keutamaan kami.

“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad, pasti wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.

“Nanad anak tunggal, jadi, apabila berita yang bukan-bukan bersepah sana-sini, bayangkan macam manalah perasaan keluarga Nanad berdepan fitnah seorang diri.

“Percayalah, Nanad dalam keadaan baik sekarang berkat doa kita semua yang sayangkan dirinya,” katanya.

BACA:

Hamzah masih bangkit isu ‘homoseksual’ dalam Dewan Rakyat

Pernah terima kacip pinang dalam kain kuning, Siti Nordiana kongsi pengalaman seram

Ini cara nak claim duit yang ada dalam IC kita