Kecewakah Pas Perak? Umno dengar nasihat Asmuni?

Kecewakah Pas Perak? Umno dengar nasihat Asmuni?

Kenyataan Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas nyata menggambarkan agihan portfolio exco kerajaan yang dipimpin oleh Adun Umno sangat mendukacitakan. Setiausaha Perhubungan Pas yang juga Adun Selama diberikan exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Sebelum ini, Ustaz Akmal Kamarudin memegang exco kanan iaitu portfolio agama.

Manakala Pesuruhjaya Pas Perak yang juga Adun Semanggol diberikan portfolio Pertanian dan Perladangan dalam Pas. Sebelum ini, beliau memegang portfolio Pendidikan dan menurut media Pas, warga pendidik di Perak berasa cukup selesa berada di bawah kepimpinan Razman Zakaria.

Namun pemilihan ini sesuai dengan pengalaman Razman sewaktu mengetuai gerakan tani dan peneroka tanah dalam Pas. Pengalaman tersebut dikatakan menjadi salah satu merit atas pemilihannya memegang portfolio pertanian.

Walaupun ada khabar menyatakan pihak istana tidak gembira sewaktu Akmal Kamaruddin memegang portfolio tersebut. Namun sumber tersebut masih bersifat khabar-khabar yang tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Agihan portfolio tersebut meletakkan Pas di sudut yang sukar dan seperti dipinggirkan oleh Umno. Ucapan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dalam sidang Dun baru ini mengkritik pendekatan politik Pas sebagai seperti watak Musang Berjanggut filem arahan P.Ramlee.

Ucapan itu adalah usaha Amanah Perak bagi memberitahu Umno agar berhati-hati dalam merangka portfolio exco. Nyata pandangan Amanah Perak itu diambil perhatian oleh MB Perak dengan beliau sendiri memegang portfolio agama. Dan bukan dipegang oleh Adun Pas seperti yang diharapksn oleh Pas.

Umum mengetahui bahawa Umno mula membuka ruang kerjasama politik dengan PH sewaktu kemelut politik yang menyaksikan MB Perak ketika itu, Peja hilang kepercayaan dan terpaksa letak jawatan. Meskipun kerjasama Umno dengan PH terhenti sekerat jalan, ia tetap memberi sinar dalam melakar politik baru di Perak selepas ini.

Mempercayai Umno? Itu bab lain dalam kitab siasah. Akan diperbicangkan pada kesempatan lain.

MUHAIMIN SULAM

Sumber: https://www.facebook.com/721134167/posts/10158925967584168/?d=n

COMMENTS