Kecoh ada ular hidup dalam pesawat ke Sabah, ini yang berlaku…

Kecoh ada ular hidup dalam pesawat ke Sabah, ini yang berlaku…BAGAIKAN filem Hollywood Snakes on a Plane!

Begitulah situasi cemas yang dialami penumpang dalam sebuah pesawat, dipercayai penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau, Sabah pada Rabu.

Menerusi video tular berdurasi 15 saat itu, seekor ular dilihat sedang menyusur di bahagian dalam lampu pesawat.

Menurut pemilik video itu yang juga penumpang pesawat berkenaan, pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak.

Video yang dikongsinya turut mendapat komen daripada beberapa penumpang lain yang terlibat dalam kejadian itu.

“Ya, saya ada juga dalam flight ni… kapten cakap terpaksa landing kat Kuching sebab cuaca buruk di Tawau padahal family kawan saya cakap cuaca di Tawau baik-baik saja.

Video Player

“Time tu kitaorang memang dah agak ni mesti sebab nak keluarkan ular tu dulu. Tapi kapten cakap cuaca buruk kat Tawau dan terpaksa landing di Kuching.

“Penerbangan yang penuh dengan ujian sebenarnya. Awal mula flight 9 Februari diaorang cancel. So saya tukar tarikh 10 Februari.

“Asalnya flight pukul 12.50 tengah hari, lepas tu tukar 2.10 petang, lepas tu 3.25 petang dan last 4.40 petang. Tu pun start gerak 5.30 petang dan last sangkut kat Kuching pula,” ceritanya di ruangan komen video tular itu.

BACA JUGA: Bangga tunjuk duit banyak di Media Sosial, sekali LHDN datang komen

“Adik kunci pintu bilik berbulan-bulan, mak hanya mampu selit makanan bawah pintu”