Kecoh lelaki kahwin tiga gadis serentak, sekali ini yang jadi

Kecoh lelaki kahwin tiga gadis serentak, sekali ini yang jadi.Seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand dilamar oleh tiga kekasihnya dan berkahwin secara serentak pada minggu lalu dengan setiap seorang daripada mereka memberikan mas kahwin sebanyak 100,000 baht (RM12,592), lapor laman berita Thaiger.

Suea Supareek yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional, mempunyai sembilan anak bersama ketiga-tiga isterinya.

Isteri pertama Suea, Nutcharin Phankat, 30, menjalinkan hubungan dengan lelaki itu selama 16 tahun iaitu sejak dia berumur 14 tahun. Mereka mempunyai empat orang anak.

Isteri keduanya, Pitchaya Suraseeruangchai, 35, pula hidup bersama Suea selama sembilan tahun dan pasangan itu juga memiliki empat anak.

Bagi isteri ketiga pula, Kawinthida Kulapatchaiyapoom, 31, dia menyertai keluarga itu tujuh tahun lalu dan melahirkan seorang anak perempuan.

Kesemua mereka tinggal serumah dan saling membantu dalam aktiviti suaminya yang merawat antara 400 hingga 500 pesakit setiap bulan.

Menurut Kawinthida, dia berkenalan dengan suaminya dalam satu pertandingan tatu dan sudah mengetahui bahawa Suea mempunyai dua orang kekasih.

“Dia memberitahu saya bahawa dia seorang doktor (pengamal perubatan tradisional) dan mempunyai anak. Dia seorang yang jujur dan bersikap terbuka dengan kami semua.

“Kekasih keduanya mengajak saya untuk menyertai keluarga besar mereka dan saya bersetuju untuk tinggal bersama di bawah satu bumbung. Kami saling membantu setiap hari dan tidak pernah bergaduh,” katanya.

Tambah Kawinthida, dia dan ‘madu-madunya’ melamar Suea kerana mengikut tradisi brahmin. Dalam tardisi brahmin, wanita perlu melamar lelaki.

“Jadi, kami bertiga sepakat untuk melamar Suea dan menyediakan mas kahwin berjumlah 100,000 baht (RM12,592) setiap seorang,” ujarnya.

TONTON :

BACA:

Ini sebab pengeluaran KWSP anda tidak lulus

Bagi warga asing isi minyak Ron95, ini amaran kerajaan kepada pengusaha stesen minyak

Berita baik untuk dunia, pemimpin utama Russia dan Ukraine bakal bertemu

COMMENTS

Wordpress (0)