Kecoh pekerja bengkel ‘lenjan’ kereta pelanggan hingga enjin rosak

Kecoh pekerja bengkel ‘lenjan’ kereta pelanggan hingga enjin rosak bengkel motor near me bengkel kereta near me bengkel kereta bengkel bengkel motor bengkel motosikal bengkel in english bengkel near me bengkel cat keretabengkel kereta terdekat

Kecoh pekerja bengkel ‘lenjan’ kereta pelanggan hingga enjin rosak.Tular satu rakaman video dan beberapa gambar yang dikongsikan oleh seorang pemilik Proton Preve apabila mendakwa keretanya telah dipakai oleh sebuah bengkel modifikasi dalam satu jarak yang jauh sepanjang lelaki itu meninggalkan kereta sejak awal bulan Disember tahun lalu.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila keretanya telah mengalami masalah enjin dan beberapa bahagian modifikasi bodykit nampak kurang memuaskan serta catnya sudah mula terkopek.

Pemilik Preve berkenaan telah pun membuat satu laporan polis pada dua hari lepas. Di dalam laporan tersebut, pemilik telah menghantar kepada bengkel terbabit pada 8 Disember 2021 dengan jarak perbatuan 231,916km untuk membuat bodykit dan menukar warna.

Menerusi satu perjanjian yang dipersetujui melalui mesej WhatsApp, pihak bengkel berjanji kereta itu akan disiapkan pada Tahun Baharu Cina 2022 iaitu 1 Februari lalu, dengan kos keseluruhan bernilai RM15,000.

Pemilik Preve telah membuat pembayaran awal bernilai RM10,000 dengan dua kali pembayaran sebanyak RM7,000 dan RM3,000 pada bulan dan tahun yang sama. Menurutnya lagi, sewaktu beliau cuba mendapatkan invois, pemilik bengkel terbabit enggan memberi kerjasama dengan memberikan pelbagai alasan.

Kecoh pekerja bengkel 'lenjan' kereta pelanggan hingga enjin rosak

Setelah lelaki ini mendapati perjanjian dengan pemilik bengkel terbabit mula sukar disepakati seperti yang dirancang pada tahun lalu, beliau telah bertanya untuk mengambil semula kereta Preve tersebut, bagaimanapun pemilik bengkel itu melarangnya dan meminta beliau menjelaskan baki pembayaran yang bernilai RM5,000 terlebih dahulu.

Pada petang 22/03/2022, pemilik Preve telah menerima satu video melalui WhatsApp menunjukkan pemilik bengkel sedang memandu keretanya sambil merakam video untuk menunjukkan kereta tersebut ‘kurang sedap’ kerana enjinnya dipercayai mengalami masalah sehingga mengeluarkan bunyi.

Selepas melihat video berkenaan, pemilik Preve terus pergi ke bengkel terbabit untuk melihat sendiri keadaan keretanya.

Dia berasa amat kecewa apabila melihat beberapa kerosakan selepas menghantar kereta di bengkel terbabit.

Antara beberapa kerosakan yang beliau perasan ialah panel dashboard patah, antena asli hilang, cat kurang sempurna pada beberapa bahagian belakang dan dalam enjin, serta kemasan pendawaian lampu dan bumper kurang memuaskan.

Enam hari selepas itu, pemilik Preve pergi ke bengkel modifikasi terbabit sekali lagi bersama seorang mekanik yang didakwa pernah bertanggungjawab menjaga enjin keretanya. Hasil semakan awal mendapati enjin keretanya mempunyai masalah dan perlu diambil untuk dibaiki di bengkel lain.

Beliau turut mendakwa pihak bengkel telah memandu keretanya tanpa kebenaran dalam jarak yang sangat jauh setelah beliau mendapati jarak perbatuan telah bertambah dari 228,134km (pada 3/12/2021) kini telah menjadi 231,916km. Ini bermakna kereta tersebut telah bergerak sejauh 3,782km sepanjang ditinggalkan di bengkel terbabit.

Jadi dia mendakwa itu mungkin menjadi punca kenapa enjin keretanya mengeluarkan bunyi yang kurang disenangi seperti dalam video yang dikongsikan sebelum ini.

Bagaimanapun pemilik bengkel modifikasi terbabit enggan memberikan kerjasama dengan menghalangnya daripada mengambil semula kereta tersebut serta meminta beliau menjelaskan baki pembayaran terlebih dahulu.

Oleh kerana berang dengan tindakan pemilik bengkel modifikasi tersebut, laporan polis dibuat bagi melindungi diri pemilik Preve yang berasa kurang berpuas hati dan sebagai perlindungan diri untuk beliau mengambil semula keretanya bagi membaik pulih kerosakkan enjin. Tambahnya lagi, beliau akan membuat pembayaran baki setelah menolak kos pembaikan enjin itu nanti.

TONTON :


BACA:

Kantoi..rupanya hanya marketing murahan isu pelajar kena sisih sebab beg ‘smiggle’

MP dari Sarawak umum keluar parti

Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis

COMMENTS

Wordpress (0)