Kecoh Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan, ini jawapan tuan badan
Saya ingin merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang bertanya samada saya telah letak jawatan.
Ini berkaitan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah di Parlimen.
Sebenarnya, ini memang berdasarkan perancangan kita. Tahun lepas pun, Timbalan Menteri Kewangan juga yang bentangkan, atau mungkin Utusan Malaysia buat-buat tak tahu, tak ingat atau tak kisah?
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Mereka boleh saja minta pengesahan dari pejabat atau pegawai saya. Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin.
Mengenai isu ketidakhadiran di Parlimen pada sesi MQT pula, saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telahpun dimaklumkan semalam.
Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan.
Mengikut SOP soalan MQT, hanya Menteri sahaja yg boleh memberikan jawapan, dan ini bukan pertama kali seorang Menteri diminta untuk membacakan jawapan Menteri lain.
Banyak precedent on this. Terima kasih YB Menteri Agama kerana membacakan jawapan saya.
Semua soalan tambahan akan saya sediakan jawapan secara bertulis, dan saya meminta maaf kepada YB Padang Serai serta YB Tumpat dan YB Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku.
Tonton:
BACA JUGA:
Terkini !!! KWSP keluarkan syarat khas keluarkan RM10K
Setelah dilantik MB Johor, ini respon Onn Hafiz
Akhirnya Ismail Sabri ulas tarikh PRU15 akan diadakan
[/bg_collapse]