Kehadiran bot penyelamat cetus tanda tanya penduduk

Kehadiran bot penyelamat cetus tanda tanya penduduk

Kehadiran bot penyelamat cetus tanda tanya penduduk. Sebuah bot penyelamat terdampar di pantai Trombol berdekatan Kampung Telaga Air, di sini.

Kemunculan bot penyelamat yang biasanya ditempatkan di kapal besar serta pelantar minyak disedari penduduk kampung semalam.

Berdasarkan perkataan ‘Bohamingzhu’ serta beberapa tulisan Cina yang ditemui, bot penyelamat berkenaan dipercayai milik kapal dagang berasal dari China.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysaia), berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkai misteri bot penyelamat itu yang kini tular di media sosial.

Kehadiran bot penyelamat cetus tanda tanya penduduk
“Pihak Maritim ada menerima aduan berkenaan bot penyelamat hanyut itu dan kini dalam proses untuk mengenal pasti pemiliknya,” katanya ringkas dalam mesej di aplikasi Whatsapp, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati ramai warganet bimbang dengan kehadian bot penyelamat itu yang dikhuatiri dinaiki oleh pendatang asing tanpa izin.

Ada juga yang percaya mungkin ada kapal dagang menghadapi masalah di tengah Laut China Selatan malah ada juga yang menganggap bot penyelamat itu mungkin terjatuh dari kapal.

BACA:

“Harap Ali Puteh tak berlengah bayar ganti rugi”

Berbaloikah harga RM35k Umrah With Hajah Neelofa?