Kek batik Ameera Khan dikritik, ingatkan sedap

Kek batik Ameera Khan dikritik, ingatkan sedap. Pastinya sesiapa sahaja akan berasa kecewa apabila produk yang dibeli tidak menepati jangkaan dan kualiti yang diharapkan. Sama macam seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa kecewa selepas membeli kek batik yang dikeluarkan oleh adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter itu, individu tersebut berkongsikan gambar kek batik yang dijual oleh Ameera Khan. Menurutnya, kek batik tersebut tidak sama seperti rasa kek batik yang selalu dimakannya selain turut mengkritik kualiti produk tersebut yang dikatakan asal siap sahaja.

Kek batik keluaran LMK atau Little Miss Khan itu juga dikatakan keras dan kejung memandangkan sos coklatnya diasingkan daripada kek tersebut. Malah rata-rata warganet juga turut meluahkan rasa pelik melihat penyediaan kek batik LMK yang perlu dicurahkan sos coklat yang hanya sekadar menutup biskut kering di dalam bekas itu.

Kek batik Ameera Khan dikritik, ingatkan sedap

Perkongsian yang dikongsikan di Twitter itu turut menerima pelbagai reaksi dari warganet yang terkejut melihat kualiti produk tersebut.

Dalam masa yang sama, ada yang turut membandingkan kek batik LMK ini dengan kek batik lain yang dijual di pasaran yang nampak begitu berbeza sekali. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama mengkritik kualiti produk yang dikeluarkan oleh Ameera Khan ini.

Malah ada yang turut berasa marah melihat hasil kek batik yang dijual pada harga RM38 ini yang dirasakan tidak berbaloi dengan harganya. Difahamkan, Ameera Khan turut mengusahakan bisnes makanan yang lain iaitu chocojar, rice krispies kek batik dan juga chocolate tub.

BACA:

Hilang di Kuala Kurau, Safiyyah dijumpai di Klang

Pemuda ini dedah hidup 3 dekad tanpa bekalan elektrik

‘Itu syarat kerajaan, apa boleh saya buat? Man Kidal redha..

+ posts