Kekasih Kristian Katolik, Yazmin Aziz hairan kenapa orang pertikai

Kekasih Kristian Katolik, Yazmin Aziz hairan kenapa orang pertikai. Umum mengetahui mengenai hubungan cinta antara pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz dengan pemain bola sepak Kelantan FC, Gulherme Brizolara yang sering menjadi buah mulut wargamaya.

Baru-baru ini, Yazmin memuat naik sebuah video di TikTok menjawab soalan wargamaya yang kerap bertanyakan mengenai agama kekasihnya itu.

Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, Yazmin memaklumkan bahawa kekasihnya itu beragama Katolik bukannya Kristian seperti yang disangka orang ramai.

Kekasih Kristian Katolik, Yazmin Aziz hairan kenapa orang pertikai

“Okay bespren ramai yang tanya benda sama, jadi saya akan jawab pertanyaan tersebut. No, dia bukan Kristian. Tapi dia seorang Katolik,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Yazmin meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa orang ramai mempersoalkan tentang perbezaan agama mereka.

@yazminaziz Replying to @edhz_0812 bapa saya dulu pun Christian 😅 #fyp #tiktokmy #couple ♬ original sound – Yazmin Aziz

BACA:

Pemakaian facemask akan dimansuh dalam masa terdekat?

159,000 pekerja di Singapura bakal nikmati gaji minima RM4,500

Wanita kecewa terpaksa angkut ibu lumpuh semata-mata perbaharui kad ATM

+ posts