Kelibat tak kelihatan banjir kali ini, Abang Viva akhirnya bersuara

Kelibat tak kelihatan banjir kali ini, Abang Viva akhirnya bersuara. SEMASA musibah banjir melanda beberapa negeri di Malaysia tahun lalu, nama Abang Viva begitu dekat dengan masyarakat setempat.

Hanya menggunakan kenderaan jenis Perodua Viva, pemilik nama sebenar, Azwan Omar itu sanggup turun ke negeri-negeri yang terkesan dan secara sukarela membantu mereka mangsa-mangsa terlibat.

Hal ini tidak hanya meringankan beban mangsa, malah namanya sebagai sukarelawan turut menjadi sorotan baik dalam kalangan netizen mahupun media.

Kelibat tak kelihatan banjir kali ini, Abang Viva akhirnya bersuara

Begitupun, menerusi sepotong video yang dipercayai rakaman siaran langsung yang diterbitkan oleh isterinya, Abang Viva meluahkan perasaan mengenai respons terhadap situasi banjir yang kini kembali melanda negara.

“Banjir je saya sampai, banjir je sampai. Itu saya. Tapi masalahnya modal kita orang sendiri. Hari itu ke Kelantan, Terengganu pun, saya seorang je habis hampir RM1,000. Untuk minyak dan tol sahaja. Makan lain… Korang rasa?

“Kalau saya ni ada elaun tak apa. Masalahnya kena fikir juga, saya dah kahwin, ada anak bini. Saya ni sukarelawan, bukannya kerja tetap saya. Jadi orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak,” katanya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi respons positif dan memahami situasi yang dialami oleh Abang Viva.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta untuk tidak menyalahkan Abang Viva memandangkan kenyataan yang diberi adalah berdasarkan pertanyaan orang ramai.

BACA:

Ribuan ikan naik ke darat, penduduk mula risau apa bakal berlaku

Musang King pun dah jatuh harga, RM17 sekilogram

Saksi dedah lihat gambar, mesej lucah yang dikirim Ebit Lew

+ posts