Kementerian Kewangan menerima 170 cadangan dikemukakan

Kementerian Kewangan menerima  170 cadangan dikemukakan

Lebih 170 cadangan dikemukakan dalam sesi konsultasi parti politik bersama Kementerian Kewangan.

Menurut, Menteri Kewangan Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, secara umumnya cadangan-cadangan berkenaan tertumpu pada sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi kesan COVID-19 menjelang tahun 2021.

“Antara sektor dengan cadangan tertinggi termasuk kesihatan, sokongan pekerjaan, pendidikan dan industri PKS,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Kementerian Kewangan, kata Tengku Zafrul, sedang memperhalusi kesemua cadangan tersebut untuk disertakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini.

Secara keseluruhan juga, beliau berkata, Kementerian Kewangan menerima lebih 6,600 cadangan termasuk melalui laman sesawang Belanjawan 2021.

“Belanjawan 2021 merupakan fasa kelima dalam strategi enam fasa atau Strategi 6R iaitu rancangan pemulihan ekonomi kerajaan yang telah digerakkan sejak bulan Mac.

“Fasa-fasa sebelum ini merangkumi pelan rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang berjumlah RM305 bilion,” tambah Zafrul lagi.

Kementeri Kewangan pada Ahad mengadakan konsultasi Belanjawan 2021 bersama wakil-wakil daripada parti-parti politik negara iaitu UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas, MCA,

Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Zafrul berkata sesi konsultasi bersama parti politik merupakan kesinambungan kepada usaha penyediaan Belanjawan 2021 yang inklusif dan komprehensif.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-bisnes/belanjawan-2021-170-cadangan-dikemuka-parti-politik-kepada-kementerian-kewangan-266457

COMMENTS