[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kenapa Diva AA tiba-tiba je kena gugur pengacara stesen TV ni?[/bg_collapse]
Pengacara terkenal, Azwan Ali atau dikenali dengan panggilan Diva AA digugurkan sebagai pengacara program MIC ON! musim kedua.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, penguguran Azwan sebagai pengacara rancangan itu berkuat kuasa serta-merta.
“Pihak pengurusan Awesome TV mengambil keputusan untuk menggugurkan selebriti Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti itu berkuat kuasa serta-merta.
“Sehubungan dengan itu, pentas utama MIC ON! yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini akan dikendalikan secara solo oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham,” katanya.
Dalam kenyataan yang diberikan, pengguguran itu terpaksa dilaksana bagi memastikan keharmonian pihak produksi.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terlibat.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami.
“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian,” katanya.
Berita Lain:
Rakyat Malaysia puas hati tengok abang ni mengamuk di kaunter kerajaan
Saintis kaji mumia manusia tapi berekor, dah macam ikan duyung