KENAPA SAYA TAK SUMBANG KEPADA MISI FARM?
Jumaat. Bulan yang baik. Elok untuk bersedekah.
Kebetulan sekarang ni kecoh dengan Misi Farm, maka bolehlah derma kat situ.
Tapi masa nak bank in tadi, nampak akan bank in ke syarikat Bangsa Bertauhid.
Saya pernah beli SSM syarikat ni.
- Baru ditubuhkan (tahun 2020)
- Dia dengan isteri dia saja director dan shareholder
- Audit terakhir rugi
- Nature bisnes jualan perfume, cosmetic dan buat restaurant
Jadi jika Misi Farm ini yang akan bawanya ialah syarikat ni, saya yakin ia tak boleh nak dilaksanakan. Nak hapus orang tengah ni seterusnya turunkan harga barang ni sebesar FAMA yang ada puluhan juta dana pun tak berapa nak menjadi.
Saya yakin nak 20 juta pun boleh collect kat Malaysia ni.
Tapi nak delivery dengan syarikat begini tak lah.
Daripada sedekah kepada direct company yang saya tahu tak boleh deliver, baik saya sedekah kepada petani kat kampung ni.
Tak gitu?
Industri “sedekah” kat Malaysia sangat besar. Ratusan Juta dikutip tiap tiap tahun. Ada satu company saya tahu kutip lebih 100 juta main sentimen Melayu dan Islam.
Dah dah la jadi penyumbang kepada statistik tu.
BACA :