Kenapa Signboard Family Mart di Cameron Highland bewarna hitam putih?

Kenapa Signboard Family Mart di Cameron Highland bewarna hitam putih? family mart near me family mart menu oden family mart family mart ipoh family mart penang menu family mart family mart ice cream family mart malaysia family mart oden

SEJAK cawangan pertamanya dibuka pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Yong, Kuala Lumpur, Family Mart terus menjadi kedai serbaneka pilihan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian produk serta makanan menarik yang dijual di sana.

Warna ikonik hijau dan biru logo Family Mart mudah dilihat dari jauh untuk membezakannya dengan kedai serbaneka yang lain. Namun lain pula kisahnya untuk cawangan Family Mart di Cameron Highlands kerana warna papan tandanya hanya hitam dan putih.

Perkongsian gambar oleh seorang pengguna Twitter, Dea tertarik dengan keunikan papan tanda tersebut. Menurutnya, setakat ini hanya di Cameron Highlands wujud Family Mart dengan papan tanda sebegini.

Rata-rata warga Twitter yang lain turut sama berkongsi keterujaan dan mencari sebab mengapa papan tanda ini seperti ‘tidak siap’ kerana tiada warna ikonik Family Mart.

Seorang lagi pengguna Twitter kemudiannya memberitahu bukan saja-saja pengurusan Family mart ‘membuang’ warna pada papan tanda tersebut dan mereka mempunyai polisi khas untuk penggunaan warna papan tanda hitam putih.

Kenapa Signboard Family Mart di Cameron Highland bewarna hitam putih? family mart near me family mart menu oden family mart family mart ipoh family mart penang menu family mart family mart ice cream family mart malaysia family mart oden

 


Menurut saudari Aqilah jika di Jepun, Family Mart akan menggunakan pendekatan ini jika mereka membuka cawangan di kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Mereka akan menggunakan warna yang lebih calm (tenang) supaya warna logonya tidak jadi lebih menyerlah berbanding keindahan kawasan tersebut.

Meneruskan pertanyaan kepada saudari Aqilah, sesetengah kawasan di Jepun mempunyai undang-undang khas untuk penggunaan warna dan saiz papan tanda.

Sebagai contoh, McDonald’s juga tidak menggunakan warna ikonik merah kuningnya pada papan tanda di kawasan tertentu supaya warnanya tidak mengganggu ‘tema warna’ kawasan tersebut. Namun, hidangan dan menu yang ditawarkan tetap sama.

Polisi itu nampaknya turut diterapkan di Malaysia dan kita boleh melihatnya di Family Mart Cameron Highlands. Kami juga sudah menghubungi dan menanti jawapan rasmi pihak Family Mart Malaysia berkenaan perkara ini.

Setakat ini terjawab sudah persoalan yang bermain di fikiran ramai dan selepas ini jika anda nampak Family Mart dengan papan tanda hitam putih, terus anda boleh jangka terdapat tarikan alam semula jadi di kawasan tersebut. Semoga bermanfaat!

BACA JUGA : Mata netizen perasan sesuatu bila Janna Nick kongsi aksi main buih

AirTag disalahguna oleh pengguna, Iphone mula pening kepala

Netizen sindir Sapawi tak pandai English, namun terkejut bila tahu gaji pemain itu

+ posts