Kenduri ke kelab malam? Kenduri kahwin ini dikecam ramai

Kenduri ke kelab malam? Kenduri kahwin ini dikecam ramai. Majlis perkahwinan di setiap negara sudah tentu berbeza kerana adat dan budaya masing-masing

Ada yang menjemput artis untuk membuat persembahan. Ada juga yang pengantin itu sendiri mahu membuat persembahan seperti menyanyi di depan keluarga besar. Macam-macam lagi dan semua itu mengikut cita rasa pengantin itu sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan pasangan pengantin menari dan berjoget telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Joget ‘cucuk langit’ macam di kelab malam

Kenduri ke kelab malam? Kenduri kahwin ini dikecam ramai

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang mengadakan majlis perkahwinannya di sebuah ballroom hotel.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka mengadakan after party selepas majlis sanding itu selesai. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka semua menari dan berjoget cucuk langit seperti di kelab malam.

Tambahan lagi, majlis itu juga didatangi oleh seorang DJ membuatkan netizen dari Malaysia terkejut melihatnya.

“Ini kalau waktu kahwin aku buat mcm ni, memang mak aku bakar pelamin” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 57K views, 434 rewteets, 314 quote tweets dan 685 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sape balas “majlis dia suka hati dialah” adalah orang yang xda ketetapan dalam agama dia dan tidak meletakkan Islam sebagai pertama dalam hidup. Lebih kepada “pandangan org lain” as pedoman dia. Aku just kasi satu ayat untuk bidasan; “amar makruf nahi mungkar” There, I’ve said it

BACA:

Majikan sedih ber’pisah’ dengan pekerja warga Bangladesh, ini yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan

Tragis pressure cooker meletup, gadis ini melecur

Jho Low masih miliki harta ‘sakau’ wang negara RM16 billion

+ posts