‘Kepada abang rider Lalamove , nilai rm353 tu tak berbaloi kalau saya report polis’, wanita dedah punca sebenar

Tragedi petang semalam.

Kedai ikan saya dah biasa guna lalamove hantar ikan ke rumah pelanggan. Upah lalamove akan dibayar ke rider masa pickup pesanan ikan. Tugas rider hanya hantar ikan sahaja.

Konsep kedai ikan Tropika Freshmart, pelanggan yang dah biasa order ikan (loyal customer) boleh order ikan dan transfer bayaran lepas terima barang. Kadang2 ada customer yang transfer lambat sikit pada sebelah malam.

'Kepada abang rider Lalamove , nilai rm353 tu tak berbaloi kalau saya report polis', wanita dedah punca sebenar

Nak dijadikan cerita, pelanggan yang order ikan petang semalam tak ada di rumah semasa penghantaran. Tanpa sengaja, anak pelanggan tersebut bayar cash kepada rider lalamove sebanyak rm353 (ikut jumlah bil ikan, ikan banyak, mungkin stock seminggu). Rider tersebut tak cakap apa2, terus ambil duit tersebut dan berlalu pergi.

Tak lama kemudian, pelanggan call suami saya kata anaknya tak sengaja bayar bil ikan ke rider lalamove. Dia dah cuba call rider tapi decline. Kami pun call juga rider, sampai ke malam decline. Wsp pun tak dijawab.

Mujurlah saya bertindak pantas ss gambar profile driver tersebut di wsp (gambar muka yang jelas, rider bersama isteri). Elok lepas magrib, gambar tersebut hilang di profile wsp. Nampaknya dia dah delete gambar.

Hari ni kami buat report dengan lalamove. Bagitahu rider tak amanah, ambil duit dari pelanggan. Lalamove bertindak pantas hubungi rider tapi tak berangkat. Akhirnya lalamove hubungi isteri rider dan akan mengambil tindakan membatalkan akaun rider sekiranya beliau tak bertanggungjawab.

Agaknya bimbang hilang kerja, baru tengahari tadi, rider wsp semula. Katanya dia dah guna duit tu. Katanya bukan salah dia. Customer bagi duit, dia ambik sajalah. Dia dah guna pun. Ada baki sikit, dia pulangkan baki saja. Amboi!

Saya sekarang rasa geram je nak viralkan rider tersebut kalau dia tak pulangkan semula duit tu. Bukan sebab duit semata-mata, lebih penting dari tu, dia tidak amanah. Bayangkan kalau dia ditugaskan bawa barang berharga, apa akan jadi? Duit pelanggan pun senang2 dia kebas tanpa rasa bersalah.

Saya yakin rider tersebut duduk sekitar bangi/kajang.

Kalau dia baca post ni, saya nak bagitau yang nilai rm353 tu tak berbaloi kalau saya report polis dan buatkan awak hilang kerja. Awak rasa saya boleh halalkan saja duit tu sebab saya ada bisness, tapi hakikatnya keuntungan jual ikan segar dalam rm3 sahaja sekilo.

Saya perlu jual lebih 100kg ikan untuk dapat keuntungan sebanyak rm353 tersebut. Penat tau! Kalau awak tak cukup duit nak makan, minta bantuan cara baik, jangan mudah2 ambil hak orang.

Saya takkan boikot lalamove sebab rider lain tak pernah buat hal. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kepada rider berjanggut panjang, saya tunggu sampai malam ni saja. Jaga2, saya sebenarnya bukan saja makcik penjual ikan, tetapi saya juga makcik kaki viral.

BACA :

‘Bila aku tempang, aku hilang suami. Anak benci aku, aku hilang kerja…’
‘Ni je ubat yang serasi dengan badan kita kalau kena migraine, tak perlu pergi klinik’
‘Emas baru dapat, emas lama pun tak hilang. Begitu la cara nak tambah kan simpanan emas kita’