‘Kepala air’ dari flat sepang musnahkan 6 kenderaan

‘Kepala air’ dari flat sepang musnahkan 6 kenderaan. Tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok pangsapuri di Taman Mas, Sepang pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian 7.15 petang itu serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok pangsapuri terbabit.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.

'Kepala air' dari flat sepang musnahkan 6 kenderaan

Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

Keadaan kereta yang rosak teruk akibat ditimpa serpihan tangki air pecah di pangsapuri Taman Mas, Sepang malam tadi.- Foto Ihsan PDRM

Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans,” katanya.

BACA JUGA:

Datuk Husam Musa, Pengerusi Save Kelantan dijangka bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bayi dan ibunya maut dilanggar Hilux

Polis buru lelaki buat aksi panas sama jantina dalam surau

+ posts