Kerajaan perkenal undang-undang baru, pekerja boleh cuti putus cinta

Kerajaan perkenal undang-undang baru, pekerja boleh cuti putus cinta. Pihak perundangan di Jepun memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk memberikan cuti kerja kepada pekerja yang putus cinta malah mereka juga boleh berhenti kerja untuk tempoh yang singkat selagi mereka masih dalam fasa ‘patah hati’.

Majikan boleh dapatkan bukti

Bukan itu saja, majikan juga mempunyai hak untuk mendapatkan bukti untuk memastikan fasa putus cinta dari kalangan pekerja betul-betul sah dan boleh bertegas dengan mereka untuk berjumpa dengan pakar profesional sekiranya perasaan sakit hati semakin teruk.

Kerajaan perkenal undang-undang baru, pekerja boleh cuti putus cinta

Difahamkan juga bahawa sesetengah syarikat di Jepun turut menawarkan cuti kerja dari rumah tanpa sebarang had. Ini bermakna sekiranya pekerja boleh hilangkan kesedihan putus cinta dengan bekerja, mereka dibenarkan untuk bekerja dari rumah.

Sebelum ini, sistem cuti putus cinta itu hanya diguna pakai oleh sebuah syarikat dari negara yang sama iaitu Hime & Company untuk membantu pekerja mereka memulihkan perasaan semula selepas patah hati dengan pasangan dan ianya diberi mengikut peringkat usia. Semakin tua, semakin banyak cuti diterima…

BACA:

Ismail Izzani hamilkan anak orang, ini jawapan ibu Ismail

Sayu, bayi 4 bulan naik pentas graduasi wakili arwah ibunya

Caprice kata Cikgu Fadli sombong, Cikgu dedah kisah sebenar..

+ posts