Kerajaan PH Melaka berjaya meningkatkan kedudukan kewangan tunai negeri

Kerajaan PH Melaka berjaya meningkatkan kedudukan kewangan tunai negeri

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka berjaya meningkatkan kedudukan kewangan tunai negeri dari RM11.3 juta pada tahun 2018 kepada RM60.1 juta pada tahun 2019.

Selain itu terdapat juga peningkatan sebanyak Rm10 juta nilai pelaburan pada tahun yang sama.

Kita yakin dan percaya ini adalah disebabkan oleh kejayaan dalam langkah penjimatan yang telah berjaya dilaksanakan oleh kepimpinan kerajaan negeri yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Selain peningkatan wang tunai, kerajaan negeri juga telah berjaya memberikan bantuan susu dan lampin pakai buang kepada rakyat selain perkhidmatan bas percuma di 3 laluan.

Rakyat Melaka juga menjadi saksi bahawa sikap berjimat ini juga telah menghadiahkan hampir 100 biji rumah peduli yang diberi percuma oleh kerajaan kepada rakyat yang layak yg bernilai Rm32 ribu ringgit hingga Rm37 ribu ringgit. Sesuatu yg tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Banyak lagi inisiatif yg telah rakyat nikmati dan insyaallah kita yakin dan percaya keyakinan rakyat kepada kerajaan PH Melaka akan meningkat selepas melihat jumlah peningkatan kewangan ini.

Tahniah PH Melaka dibawah pimpinan YAB Tuan Adly Zahari yang juga merupakan Pengerusi Amanah Melaka.

Zairi Bin Suboh
Pengarah Komunikasi Amanah Melaka
10 Disember 2020

COMMENTS