Kerajaan teruskan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir

Kerajaan teruskan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir. Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan wang ihsan RM1,000 bagi mereka yang terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bantuan itu akan diberikan kepada mangsa yang berdaftar dan mereka yang layak.

Beliau berkata, bantuan untuk isi rumah yang mengalami kemusnahan akibat bencana itu seperti diumumkan kerajaan terdahulu juga akan diteruskan.

“Pembayaran itu akan dilakukan segera sebelum banjir surut dan sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing. Ia akan diberikan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak saja.

“Ini berikutan, pengalaman lalu, kita mendapati jumlah mangsa didaftarkan berbeza dengan permohonan yang dibuat. Langkah ini akan diatasi dengan segera secara proaktif melalui agensi pelaksana bagi memastikan ia berjalan lancar.

Kerajaan teruskan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir

“Selain itu, bantuan bagi membaik pulih rumah juga akan diteruskan seperti diberikan pentadbiran lalu,” katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berada di Kelantan untuk lawatan rasmi dan menziarahi mangsa banjir yang terjejas, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan sehingga RM10,000 kepada setiap keluarga terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata, bayaran itu membabitkan sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500, diskaun baik pulih kenderaan, rebat pembelian barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah bagi kerosakan akibat bencana itu.

BACA:

Video tular kanak-kanak menangis disisi mayat ibu adalah kes bunuh

Disuruh bertudung semula, reaksi Uqasha Senrose buat ramai terkejut

Pelancong ‘backpackers’ nampak miskin, tapi ini hakikat yang perlu diketahui

+ posts