Kerajaan wajibkan penjawat awam beli tiket motoGP, jualan tak dapat sambutan

Kerajaan wajibkan penjawat awam beli tiket motoGP, jualan tak dapat sambutan

Penjualan tiket perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Mandalika pada 19 dan 20 Mac ini dilaporkan bergerak perlahan dan kurang mendapat sambutan.

Sehingga 20 Februari lalu, sebanyak 21,530 keping tiket sudah terjual, manakala kerajaan tempatan menyasarkan sebanyak 35,000 akan dijual.

Kerajaan wajibkan penjawat awam beli tiket motoGP, jualan tak dapat sambutan

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan bakal mewajibkan semua penjawat awam untuk membeli tiket perlumbaan itu bagi memastikan sasaran penjualan tercapai.

“Kita akan bahagikan tiket ini kepada semua agensi kerajaan di Nusa Tenggara Barat bagi memastikan sasaran jualan tiket dapat dicapai.

“Semua agensi kerajaan itu termasuk polis, tentera, pentadbiran dan semua ahli politik di wilayah ini,” katanya kepada Kompas.com.

Harga tiket MotoGP yang dijual berharga antara 431,000 sehingga 2.5 juta rupiah (RM125-RM728).

Dalam pada itu, Lalu memaklumkan, sambutan masyarakat terhadap perlumbaan itu amat tinggi, namun beberapa situasi menyebabkan penjualan tiket perlahan.

Antara disebabkan oleh kebimbangan mengenai situasi Covid-19 kerana para pengunjung perlu mengeluarkan belanja lebih bagi melakukan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke dalam litar.

Selain itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) juga sebelum ini meminta supaya jumlah pengunjung temasya itu dikurangkan bagi mengawal penularan Covid-19.

Persatuan Grand Prix Mandalika sebelum ini mencadangkan supaya sebanyak 100,000 pengunjung dibenarkan menyaksikan perlumbaan itu sebelum diturunkan kepada 60,000 orang.

Berita Lain:

Artis terkenal Thailand Tangmo Nida masih hidup? Video wanita ini cetus persoalan

Ini cara sebenar buka “cable tie” tanpa pakai gunting

“Saya hamil anak kedua ketika mengandungkan anak pertama, bukan kembar”

COMMENTS

Wordpress (0)